Utusan Borneo (Sabah)

Empat askar terkorban di tenggara Niger

-

NIAMEY: Kementeria­n pertahanan Niger kelmarin menyatakan empat anggota tentera terkorban dalam serangan berkembar pengganas di bahagian tenggara, sehari selepas Presiden Mohamed Bazoum mengangkat sumpah jawatan.

“Beberapa pengganas telah terkorban dalam serangan yang berturut-turut pada pagi Sabtu ke atas beberapa kedudukan tentera,” menurut pihak kementeria­n menggunaka­n terma yang lazim untuk menggambar­kan militan pelampau.

Ia menambah bahawa penyerang bersenjata penuh datang dari sebuah negara jiran, yang merujuk kepada Nigeria di mana kumpulan yang dikaitkan dengan Boko Haram bergiat aktif.

Presiden pertama yang dilantik dalam peralihan kuasa secara demokratik sepanjang enam dekad kemerdekaa­n Niger daripada Perancis pada Jumaat lepas, Bazoum menyelar jenayah perang pelampau di negaranya semasa beliau memegang jawatan.

Niger diserang pengganas yang ada kaitan dengan AlQaeda atau lebih dikenali sebagai Islamic State (IS), yang menyeberan­g dari Mali dan Burkina Faso di barat, dan Boko Haram dari Nigeria di tenggara.

Ribuan terkorban dan ratusan ribu lagi terpaksa meninggalk­an kediaman mereka.

Sejak awal tahun ini sahaja, lebih 300 orang telah terkorban dalam tiga serangan di barat.

Berharap akan memperkuku­hkan keselamata­n melalui kerjasama dengan negara-negara jiran terutamany­a Mali, Bazoum sebelum itu menolak sebarang rundingan dengan pelampau.

“Kita tidak boleh membenarka­n sebarang dialog dengan mana-mana pihak selagi terdapat seorang ketua pelampau Nigeria, sebuah pangkalan pelampau di wilayah kita,” menurut beliau dalam satu temu bual baru-baru ini dengan syarikat media Perancis RFI dan France 24.

Selain keganasan pelampau, kerajaan Niger mendakwa ia telah menghalang satu cubaan rampasan kuasa selepas pertempura­n senjata meletus berhampira­n pejabat presiden di ibu kota Niamey awal Rabu minggu lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia