Utusan Borneo (Sabah)

Remaja dakwa dicabul dalam tahanan polis Algeria

-

ALGIERS: Pihak polis Algeria kelmarin menyatakan mereka telah melancarka­n satu siasatan selepas beberapa rakaman video tular dalam media sosial mendakwa anggotanya mencabul seorang remaja lelaki yang ditangkap ketika bantahan antikeraja­an telah mencetuska­n kemarahan.

Remaja berusia 15 tahun itu ditangkap pada Sabtu lepas di Algiers, bandar utama negara Afrika Utara itu di mana Hirak, pergerakan bantahan prodemokra­si sejak sekian lama, kembali kerap mengadakan tunjuk perasaan menuntut perubahan politik.

“Selepas penyebaran video di dalam rangkaian sosial di mana pengarangn­ya mendakwa seorang remaja telah dilayan dengan teruk di sebuah balai polis di Algiers, pasukan keselamata­n memaklumka­n pihak pendakwa raya umum yang segera mengarahka­n satu siasatan,” menurut satu kenyataan polis.

Sebuah video dilaporkan menunjukka­n remaja lelaki itu menangis semasa meninggalk­an balai polis, sementara dalam satu lagi video remaja lelaki itu menyatakan dia telah dilayan dengan buruk oleh pihak polis dan menyatakan mereka cuba meliwatnya.

Amnesty Internatio­nal menyeru siasatan bebas mengenai tuduhan tersebut.

Pada bulan lepas, Algerian League for Human Rights (LADDH) telah memperbaha­rui tuntutanny­a bagi satu siasatan selepas aktivis Hirak mendakwa diseksa dalam tahanan.

Semasa perbicaraa­n pada Februari untuk aktivis Hirak Walid Nekkiche, pelajar berusia 25 tahun itu menyatakan dia telah diserang secara seksual, fizikal dan lisan oleh anggota perkhidmat­an keselamata­n ketika berada dalam tahanan polis.

Pendakwa raya umum kemudian mengumumka­n satu siasatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia