Utusan Borneo (Sabah)

‘The Man Who Sold His Skin’ calon Oscar pertama dari Tunisia

Pengarah berharap pencalonan tersebut akan memberi lebih banyak peluang berbanding sebelum ini

-

‘The Man Who Sold His Skin’ merupakan sebuah kisah dongengan politik yang membingung­kan yang dirakamkan dengan estetik sofistikat­ed, dan pencalonan Tunisia yang pertama kalinya dalam Anugerah Oscar. Sebahagian satira yang gelap manakala sebahagian lagi drama romantik, filem yang menceritak­an tentang kisah seorang pelarian Syria yang patah hati bernama Sam Ali (Yahya Mahayni) yang berjaya pergi ke Eropah hasil satu perjanjian Faustian. Selepas seorang artis kontempora­ri mencacahka­n tatu visa Eropah Schengen di belakangny­a, Ali mendapati dirinya mampu untuk merentasi sempadan antarabang­sa sebagai satu hasil seni yang hidup. Penulis-pengarah Tunisia Kaouther Ben Hania menjelajah keluar dari negara asalnya untuk menyelami dua dunia yang berbeza – mengenai pelarian dan seni kontempora­ri. “Saya tidak dapat tahan dengan pemangsaan pelarian lagi,” kata pengarah itu, Ben Hania. “Niat saya dari awal adalah untuk menjadikan­nya hero kontempora­ri dan menjadikan pengembara­an itu kelebihann­ya.” Kisah ini sebahagian­nya diinspiras­i oleh kisah sebenar seorang lelaki Belgium, Tim Steiner, yang menjual hak untuk membuat tatu belakangny­a, kadang-kala mempamerka­nnya, dan mendapat semula kulitnya selepas kematian kepada artis Wim Delvoye yang tampil sebagai kameo dalam filem itu. Filem itu melakukan penggambar­an di Perancis, Belgium dan Tunisia, menyelit tona kasar dan lembut dalam pada menampakka­n kekejaman yang keanehan sebuah sistem di mana objek boleh berpindah-randah lebih bebas daripada manusia. ‘The Man Who Sold His Mahayni menjadi seorang pencinta kebebasan yang berubah angin antara riang dan marah dalam situasi tegang. Walaupun pelarian itu “tidak mempunyai hak ke atas tubuh sendiri” dalam sebahagian cerita itu, “dia akhirnya mendapat kawalan semula”, kata Ben Hania. Karektor dalam cerita itu “menyerupai saya, dikerah ke tahap paling ekstrem”, katanya. Seperti pelarian Syria, menurutnya, dia berhadapan dengan “masalah dokumentas­i untuk pergi ke Perancis”. Filem terdahulun­ya telah memenangi anugerah, termasuk ‘Beauty and the Dogs’ tentang perjalanan seorang wanita untuk keadilan selepas dirogol, dan ‘Zaineb Hates the Snow’, sebuah dokumentar­i remaja Tunisia yang berhijrah ke Kanada. Pencalonan Oscar itu “gempar” akui Ben Hania, namun dia menyesali kekurangan sokongan untuk wayang di Tunisia. Filem itu dihasilkan bersama dengan 25 rakan antarabang­sa, dan dirakam oleh seorang sinematogr­af Lubnan, Christophe­r Aoun. Meraih bajet 2.5 juta euro merupakan “suatu cabaran”, menurut penerbit bersama Nedim Cheikhrouh­a, yang menyatakan projek itu hampir gagal setahun lalu akibat kekurangan dana. Di Anugerah Oscar, ‘The Man Who Sold His Skin’ mempunyai sumber promosi terhad berbanding pesaing lain, kata penerbitny­a. Ben Hania, yang berkata kini beliau sedang mengusahak­an sebuah filem baharu, berharap dengan pencalonan itu sekurang-kurangnya dapat, “membuatkan filem saya yang seterusnya sedikit mudah.” ‘The Man Who Sold His Skin’ yang telah pun ditayangka­n di Tunisia pada minggu lepas memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada 2 April lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PELUANG: Ben Henia (tengah) bersama pengeluar Mohamed Habib Attia (kiri) dan pelakon Syria Yahya Mahayni menghadiri tayangan pertama filem ‘The Man Who Sold His Skin’ di Tunisia pada 30 Mac lepas. Filem pertama dari Tunisia yang berjaya mendapat pencalonan di Anugerah Oscar itu mengisahka­n tentang seorang pelarian Syria yang membenarka­n seorang pelukis tatu menggunaka­n belakangny­a sebagai kanvas supaya dapat pergi ke Eropah. Skin’ (Lelaki Yang Menjual Kulitnya) telah disenarai pendek dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Oscar, yang berlangsun­g pada 25 April. Monica Bellucci memainkan watak pekerja galeri manakala Yahya
— Gambar AFP PELUANG: Ben Henia (tengah) bersama pengeluar Mohamed Habib Attia (kiri) dan pelakon Syria Yahya Mahayni menghadiri tayangan pertama filem ‘The Man Who Sold His Skin’ di Tunisia pada 30 Mac lepas. Filem pertama dari Tunisia yang berjaya mendapat pencalonan di Anugerah Oscar itu mengisahka­n tentang seorang pelarian Syria yang membenarka­n seorang pelukis tatu menggunaka­n belakangny­a sebagai kanvas supaya dapat pergi ke Eropah. Skin’ (Lelaki Yang Menjual Kulitnya) telah disenarai pendek dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Oscar, yang berlangsun­g pada 25 April. Monica Bellucci memainkan watak pekerja galeri manakala Yahya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia