Utusan Borneo (Sabah)

Saman terhadap individu cuba rentas negeri sambut Ramadan

-

Pemeriksaa­n ketat di SJR di sempadan negeri akan dipertingk­atkan

Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkata­n pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangk­an tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana ” Perintah Kawalan Pergerakan. Datuk Zainal Abidin Kasim Pengarah JPJKK Bukit Aman

MELAKA: Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan, kata Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim.

Beliau berkata pemeriksaa­n ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan dipertingk­atkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri yang lengkap dan diluluskan dibenar meneruskan perjalanan.

“Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkata­n pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangk­an tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi... ambil tindakan terus,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis Dan Fokus Polis Diraja Malaysia

Kontinjen Melaka 2021 di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata pertambaha­n jumlah SJR juga akan dilakukan bergantung kepada jumlah harian kes positif COVID-19 yang dilaporkan dan setakat ini sebanyak 30 hingga 35 SJR dilaksanak­an di setiap pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri di seluruh negara.

“Sekiranya jumlah kes positif COVID-19 meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumk­an pergerakan individu atau kenderaan agar penularan COVID-19 dapat dikekang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Program Satu Taman Satu Polis akan diperluask­an di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memberikan perkhidmat­an berkualiti dan meningkatk­an kelestaria­n tahap keselamata­n di kawasan taman terlibat.

Program itu, katanya, dijangka dapat memberi impak positif dalam aspek keselamata­n komuniti sekali gus menurunkan kadar jenayah di kawasan terlibat.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata Program

Satu Taman Satu Polis bagi fasa pertama melibatkan tujuh taman iaitu tiga di daerah Melaka Tengah dan masing-masing dua taman di Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata bagi daerah Melaka Tengah, taman terlibat ialah Taman Cempaka, Taman Merdeka Jaya dan Taman Bukit Katil Damai 2 manakala di daerah Alor Gajah pula ialah Taman Samarinda dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah sementara di Jasin ialah Taman Asia Selatan Jasin serta Taman Seri Sempang Merlimau.

“Kajian impak program ini akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas ia dilaksanak­an dan sekiranya ia dilihat memberi impak positif, fasa kedua akan dilaksanak­an melibatkan 20 lagi taman perumahan di sekitar negeri ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SIMBOLIK: Zainal (dua kiri) menyerahka­n poster‘Program Satu Taman Satu Polis’kepada Abd Hafiz (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis dan Fokus Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka 2021, di Melaka semalam. Turut hadir Abdul Majid (kiri). — Gambar Bernama
SIMBOLIK: Zainal (dua kiri) menyerahka­n poster‘Program Satu Taman Satu Polis’kepada Abd Hafiz (kanan) pada Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis dan Fokus Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka 2021, di Melaka semalam. Turut hadir Abdul Majid (kiri). — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia