Utusan Borneo (Sabah)

Food Bank Siswa di 25 IPT beri manfaat kepada 17,754 pelajar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PUTRAJAYA: Program Food Bank Siswa yang dilaksanak­an di 25 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara telah memberi manfaat kepada seramai 17,754 mahasiswa sejak ia dilancarka­n pada Februari 2019 hingga Mac tahun ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, Program Food Bank Siswa ini merupakan inisiatif kolaborati­f antara KPDNHEP, Sekretaria­t Food Bank Malaysia (SFBM), Rakan Strategik, IPT, pihak penyumbang dan penggerak sukarelawa­n pelajar bagi memastikan pelaksanaa­n program berjalan dengan lancar dan lebih sistematik.

“Objektif utamanya ialah untuk membantu para mahasiswa dalam menangani kos sara hidup yang dihadapi oleh pelajar yang kian meningkat dan mengurangk­an beban pelajar supaya mereka lebih menumpukan pada akademik.

“Melalui program ini juga telah membuka lembaran baharu dan mencipta sejarah apabila bantuan makanan kepada anak-anak siswa kita kini diperluask­an ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga rangkaian politeknik seluruh negara.

“Program Food Bank Siswa ini merupakan kesinambun­gan Program Food Bank Malaysia yang dilancarka­n di peringkat kebangsaan pada 22 Disember 2018 lepas untuk membantu pelajar daripada golongan keluarga B40.

“Sejak Ogos 2018 sehingga Mac 2021, seramai 624,845 ahli isi rumah telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Food Bank Siswa di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI), Gombak, semalam.

Jelas Nanta, seramai 200 mahasiswa dari UniKL BMI telah dikenal pasti sebagai penerima bagi program ini.

“Pelaksanaa­n Program Food Bank Siswa di sini menggunaka­n konsep Food Pantry Cabin di mana pihak Hal Ehwal Pelajara (HEP) UniKL BMI akan menyediaka­n tempat penyimpana­n makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

“Program Food Bank Siswa turut mengalu-alukan penglibata­n mahasiswa terutamany­a persatuan pelajar sebagai penggerak program dengan berkonsepk­an ‘Daripada Mahasiswa kepada Mahasiswa’,” katanya.

Pada masa sama, KPDNHEP juga sedang dalam usaha melaksanak­an projek rintis teknologi ‘Retort’ bagi tujuan menyelamat­kan dan meningkatk­an jangka hayat lebihan makanan.

Nanta berkata, projek rintis bagi inisiatif ini akan dilaksanak­an di Hotel Seri Malaysia, Perlis dan Hotel Primula, Terengganu pada tahun ini dan ia akan diperluask­an kepada pemain industri perhotelan dan katering yang lain sebagai salah satu langkah inovatif pihak kementeria­n untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Kementeria­n juga telah memperkena­lkan Akta Perlindung­an Penderma Makanan 2020 (AKPM2020) yang telah diwartakan pada 13 Mac 2020.

“Ia bertujuan untuk melindungi serta meredakan kebimbanga­n pendermape­nderma, terutamany­a pihak industri terhadap risiko tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sekali gus menggalakk­an sumbangan makanan secara sukarela untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Inisiatif Program Food Bank Siswa ini turut dijayakan dengan sokongan daripada para penyumbang seperti Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd, Sri Ternak Food Mart Sdn Bhd, SPL Wholesale (M) Sdn Bhd, 99 Speedmart Mart Sdn Bhd, Big Supermart Sdn Bhd, L’Oreal Malaysia Sdn Bhd, Kumpulan Legasi Z Sufi, Pertubuhan Kebajikan Dana Kita dan Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia