Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa sekolah di Miri gilirkan kehadiran pelajar

-

MIRI: Beberapa sekolah di bahagian Miri memilih sistem penggilira­n kehadiran pelajar bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 pada hari pertama pembukaan sesi persekolah­an bermula semalam.

Menteri bertanggun­gjawab terhadap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin bangga dengan inisiatif yang diambil pihak sekolah dalam menjaga keselamata­n pelajar.

“Miri satu-satunya daerah yang memulakan sesi persekolah­an 2021 bermula hari ini (semalam) ekoran peningkata­n kes COVID-19 dalam komuniti yang menjadikan Miri sebagai Zon Merah,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tambahnya, sistem penggilira­n pelajar mampu mengurangk­an bilangan pelajar dalam satu-satu masa serta mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19.

“JPBB Miri bersama Jabatan Pendidikan telah memperkena­lkan tiga model untuk pembukaan semula sekolah dan sebahagian sekolah memilih model penggilira­n kehadiran pelajar,” katanya.

Menurutnya, model atau sistem penggilira­n pelajar Tahap Satu hanya melalui sesi pembelajar­an bersemuka dua kali seminggu dan Tahap Dua pula hanya tiga kali seminggu.

Selebihnya masing-masing akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajar­an di rumah mengikut kesesuaian dan norma baharu seperti sebelum ini.

“Ketika kita masih berperang mengekangk­an jangkitan COVID-19 dan memutuskan untuk membuka sekolah atau tidak, inisiatif lain perlu dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk membolehka­n pelajar kembali ke sekolah dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Antara sekolah yang memilih sistem penggilira­n di Miri ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Miri, SJKC Chung Hua Krokop, SJKC Chung Hua Pujut, SJKC Chung Hua Lutong, SJKC Chung Hua Chung San dan SJKC Chung Hua Tudan.

Sementara SMK Chung Hua Miri adalah satu-satunya sekolah menengah di sini yang memilih sistem berkenaan.

Lee juga berkata, pegawai Jabatan Pendidikan akan terus memantau dan memeriksa setiap sekolah di daerah ini untuk memastikan setiap sekolah mematuhi SOP dengan ketat.

 ??  ?? KEMBALI KE SEKOLAH: Pelajar SJKC Chung Hua Krokop menjalani SOP ketat sempena pembukaan sekolah 2021 di Miri semalam.
KEMBALI KE SEKOLAH: Pelajar SJKC Chung Hua Krokop menjalani SOP ketat sempena pembukaan sekolah 2021 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia