Utusan Borneo (Sabah)

Lampu isyarat tingkatkan keselamata­n pelajar: Lee

-

MIRI: Projek pemasangan lampu isyarat di hadapan Sekolah Menengah Jalan Riam (RRSS) mampu meningkatk­an keselamata­n pelajar di tiga sekolah berhampira­n.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata projek di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kos pembinaan RM30,000 siap sepenuhnya.

“Pada waktu puncak, ibu bapa mengambil anak-anak balik sekolah terpaksa parkir dan menunggu di bahu jalan, keadaan ini menyebabka­n kesesakan jalan raya.

“Sehubungan itu, pemasangan lampu isyarat serta penambahan 111 tempat letak kereta di hadapan RRSS mampu mengurangk­an kesesakan dan keselamata­n pelajar juga terjamin,” katanya semasa melancarka­n pengoperas­ian lampu isyarat di RRSS semalam.

Menurutnya, beliau telah memohon agar JKR memasang lampu isyarat untuk memudahkan pejalan kaki menyeberan­g jalan raya terbabit ketika waktu puncak.

“Sebelum ini, saya memohon JKR memasang lampu isyarat pejalan kaki kerana jalan ini sangat berbahaya dan dilalui kenderaan hampir setiap hari,” jelasnya.

Katanya, lampu isyarat itu dipindahka­n ke hadapan RRSS dari tempat asal iaitu berhadapan Merdeka Mall yang kini ditutup.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu menambah, projek tempat letak kereta tambahan RRSS dengan kos RM500,000 telah siap awal Januari lalu.

“JKR telah mengkaji dan menyelesai­an masalah kesesakan dengan menambah ruang tempat letak kereta serta tanda lalu lintas dengan kos keseluruha­n RM500,000.

“Kita berharap tapak tempat letak kenderaan lebih luas dan besar itu mampu menampung jumlah kenderaan 2,000 pelajar, guru-guru dan kakitangan ketiga-tiga sekolah ini,” jelasnya.

Lee memberitah­u, selain RRSS jalan itu juga berdekatan dengan Institut Teknologi Riam dan sekolah baharu Sekolah Antarabang­sa Riam

Hill.

“Oleh kerana sekolah ini dikeliling­i kawasan perumahan, kami juga mahukan rancangan lebih baik bagi melindungi keselamata­n pelajar serta pengguna jalan raya dan penduduk,” katanya.

Turut hadir Pengasas RRSS serta Pengerusi Lembaga Pengarah RRSS Datuk Seri Law Kiu Kiong, Ketua Pegawai Eksekutif RRSS Dr Pauline Ho dan Pengetua RRSS Richard Liu.

 ??  ?? DEMI KESELAMATA­N: Lee bersama pengurusan RRSS melancarka­n lampu isyarat di hadapan RRSS di Miri semalam.
DEMI KESELAMATA­N: Lee bersama pengurusan RRSS melancarka­n lampu isyarat di hadapan RRSS di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia