Utusan Borneo (Sabah)

Marseille benam Dijon 2-0 dalam aksi Ligue 1 Perancis

-

PARIS: Marseille memastikan kekalahan ke-11 berturut-turut buat kelab tercorot, Dijon tetapi jurulatihn­ya, Jorge Sampaoli berkata masih ada ruang untuk peningkata­n walaupun pasukannya menang 2-0 dalam aksi Ligue 1 Perancis pada Ahad.

Leonardo Balerdi menanduk masuk satu tendangan sudut pada minit akhir sebelum rehat untuk meletakkan Marseille di hadapan dan Alvaro Gonzalez menambah jaringan dari satu hantaran lintang Dimitri Payet pada minit ke-79.

Kemenangan melonjak Marseille kurang satu mata di belakang pasukan di tangga kelima, Lens, yang seri 1-1 dengan Lyon pada perlawanan hari Sabtu.

“Pemain saya berusaha memahami sistem baharu permainan, ia akan mengambil sedikit masa,” kata Sampaoli, yang menang kali ketiga dari empat perlawanan sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih bulan lepas.

“Sasaran akan menjadi lebih hampir menerus perkembang­an yang kami lakukan.

Kami harus bermain lebih baik. Kami mahu membantu pasukan naik setinggi yang kami mampu tetapi dengan bermain dan menyerang.

“Dan selepas itu kita boleh bercakap tentang sasaran dalam kedudukan liga. Apa yang kami usahakan ialah untuk meletakkan falsafah permainan untuk mengembali­kan kehebatan kelab ini.”

Dijon hanya mengumpul 15 mata selepas dua kemenangan dalam 31 perlawanan dan hampir pasti akan tersingkir ke divisyen dua. Mereka kini 14 mata dari slot playoff penyingkir­an liga.

Pendahulu liga, Lille, menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tiga mata dari pencabar terdekat yang juga juara bertahan, Paris Saint Germain (PSG) selepas menang 1-0 di Parc des Princes pada perlawanan hari Sabtu.

Monaco kurang satu mata di belakang PSG selepas membelasah Metz 4-0 sementara Lyon kurang satu lagi mata di tangga keempat dengan baki tujuh perlawanan sahaja lagi musim ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia