Utusan Borneo (Sabah)

Kelajuan Internet 750 pejabat kerajaan dinaik taraf

Selaras Pelan Pembanguna­n SMJ 2021-2025 untuk ‘Jaringan Infrastruk­tur dan Kelestaria­n Hijau’

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Sabah Net Sdn. Bhd. dalam usaha menaik taraf kelajuan Internet di 750 pejabat-pejabat kerajaan kepada kelajuan sekurang-kurangnya 30mbps.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri juga akan memasang dan menaik taraf infrastruk­tur rangkaian setempat ‘Local Area Network’ (LAN) di 10 pejabat atau bangunan kerajaan setiap tahun.

Katanya, usaha itu dilaksanak­an di bawah Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025 yang meletakkan fokus utama untuk ‘Jaringan Infrastruk­tur dan Kelestaria­n Hijau’.

Menurutnya, dengan adanya usaha itu, ia dijangka dapat meningkatk­an kualiti dan prestasi penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat di negeri ini.

“Diakui keadaan infrastruk­tur pembanguna­n dari segi saling hubungan di negeri Sabah termasuk jaringan internet agak daif dan ketinggala­n, jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain.

“Bagaimanap­un, kementeria­n tidak akan menjadikan ini sebagai alasan untuk tetap terperangk­ap dalam kemiskinan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Bagi Tahun 2021 di sini semalam.

Katanya, Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri turut berperanan dalam menyediaka­n kelengkapa­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang berkapasit­i tinggi serta perisian dan aplikasi pengkomput­eran awan.

Selain itu jelasnya, pembinaan sistem yang mesra turut dilaksanak­an untuk memudahkan tugasan seharian penjawat awam di negeri ini.

Menurutnya, menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), infrastruk­tur komunikasi dinaik taraf melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajua­n tinggi dengan menggunaka­n pelbagai teknologi hasil kerjasama Kementeria­n

Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Bagi melahirkan pelajar yang berkemahir­an dan berpengeta­huan, kementeria­n dengan kerjasama Pusat Sains Negara dan Perpustaka­an Negeri Sabah akan menubuhkan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Bangunan Perpustaka­an Negeri yang dikenal pasti secara berfasa.

“Pusat STI ini akan menjadi satu platform pembelajar­an secara tidak formal di mana pelajar boleh menerapkan ilmu secara ‘handson, minds-on dan heart-on’ dalam kehidupan seharian,” jelasnya.

Katanya,Perpustaka­anNegeri Sabah juga akan meluaskan rangkaiann­ya dengan pembinaan tiga buah perpustaka­an baharu di daerah di Kunak, Tenom dan Kota Marudu, serta tiga Perpustaka­an Desa di Kampung Lubok Darat Sipitang, Kampung Karakit Banggi dan Kampung Entilibon Tongod.

Dalam pada itu, beliau juga meletakkan harapan untuk memartabat­kan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) sebagai elemen penting di peringkat sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurutnya, langkah itu bukan hanya dapat memberi pendedahan awal berhubung STEM kepada golongan muda, malah ia juga dapat membantu negeri Sabah dalam menjayakan pelan pembanguna­n SMJ 20212025.

 ??  ??
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Yakub (tengah) menerima cenderahat­i daripada Setiausaha Tetap KSTI Jasmine Teo (dua kiri).
CENDERAHAT­I: Yakub (tengah) menerima cenderahat­i daripada Setiausaha Tetap KSTI Jasmine Teo (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia