Utusan Borneo (Sabah)

PDRM dirikan tiga SJR sepanjang PKP di Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendirikan tiga Sekatan Jalan Raya (SJR) sepanjang pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini bagi menyekat pergerakan orang ramai berpusupus­u ke kawasan bandar.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, antara SJR yang baharu didirikan termasukla­h di Jambatan Putih, Batu 2 Jalan Apas dan Jalan tiku.

“Selain itu, pasukan pemantau PDRM ramai yang ditugaskan untuk bergerak bebas dari satu tempat ke tempat lain termasukla­h memantau kawasan kedai, pasar dan kawasan tumpuan orang ramai.

“Kita akan melihat peratusan tahap pematuhan masyarakat Tawau, sekiranya PDRM tidak berpuas hati, kita akan menambah jumlah SJR dan menutup jalan-jalan masuk ke kawasan bandar,” katanya dalam sidang media, di sini kelmarin.

Menurutnya, PDRM tidak teragak-agak untuk mengeluark­an kompaun sekiranya terdapat individu cuba ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Peter turut menasihatk­an penduduk yang tinggal di daerah Kalabakan berhampira­n dengan Tawau khasnya di kawasan Bombalai tidak perlu mendapatka­n kelulusan daripada Balai Polis Kalabakan.

“Sekiranya mereka mempunyai keperluan mustahak untuk memasuki daerah Tawau, mereka hanya perlu mendapatka­n pas kebenaran daripada Balai Polis Bombalai sahaja.

“Namun, PDRM hanya membenarka­n mereka yang betul-betul perlu sahaja termasuk ke Hospital atau Bank, kita tidak benarkan sekiranya alasan untuk membeli belah bagi mengelak kesesakan di bandar Tawau,” katanya.

 ??  ?? SEKATAN: SJR Jambatan Putih yang dilaksanak­an di daerah Tawau.
SEKATAN: SJR Jambatan Putih yang dilaksanak­an di daerah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia