Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu e-hailing, teksi dan bas mini wajar divaksin lebih awal

-

Kerajaan negeri wajar memberi pertimbang­an kepada pemandue-hailing,bas mini dan teksi di Sabah untuk disenaraik­an sebagai penerima vaksin lebih awal dalam Program Imunasasi COVID19 di peringkat negeri.

“Golongan itu perlu diberi keutamaan vaksinasi kerana mereka berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan berikutan tugas mereka sentiasa berhadapan dengan orang ramai setiap hari.

“Secara peribadi saya melihat golongan pemandu berkenaan wajar disenaraik­an sebagai ‘frontlines’ kerana mereka terpaksa menghantar penumpang di kawasan zon merah selain membawa individu yang sedang dalam kuarantin demi mencari rezeki,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) bertaraf menteri berkata, pemandu e-hailing dan bas beroperasi setiap hari tanpa mengetahui status kesihatan penumpang yang menaiki kenderaan mereka.

Berdasarka­n statistik di Sabah terdapat lebih 8,000 pemandu e-hailing, 2,099 pemandu teksi dan hampir 2,000 pemandu bas pelbagai jenis berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP).

Pada masa ini, fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 melibatkan golongan barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan wakil rakyat.

Masiung berkata, walaupun rata-rata golongan pemandu berkenaan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan menyediaka­n cecair pembasmi kuman dalam kenderaan tetapi mereka tetap berisiko tinggi dengan jangkitan.

Beliau berharap Kerajaan Negeri Sabah memulakan langkah pertama menjalanka­n imunasasi kepada golongan berkenaan memandangk­an di seluruh negara terdapat 68,336 e-hailing dan 37,127 berdaftar dengan LPKP selain terdapat lebih 30,000 pemandu bas pelbagai jenis.

Menurutnya, usaha ke arah itu penting untuk melandaika­n rekod jangkitan COVID-19 yang tidak menentu setiap hari di negara ini.

 ??  ?? MASIUNG
MASIUNG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia