Utusan Borneo (Sabah)

SESB terus fokus ke arah organisasi bebas rasuah

Pendekatan integriti ditekankan kepada anggota kerja, dihebahkan kepada kontraktor yang berdaftar

-

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) terus fokus untuk menjadi sebuah organisasi bebas rasuah.

Justeru, pendekatan integriti bukan sahaja ditekankan kepada anggota kerja SESB, malah turut dihebahkan kepada kontraktor yang berdaftar dengan SESB melalui sesi webinar SESB Procuremen­t Townhall.

Program sehari itu dianjurkan oleh Bahagian Perolehan SESB dan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus SESB dengan objektif untuk menyemai budaya kerja yang bersih, telus dan amanah kepada anggota kerja dan juga kontraktor SESB.

“Sebagai sebuah organisasi yang memberikan perkhidmat­an kepada pengguna dan rakyat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, amalan integriti dalam kalangan anggota kerja amat dititikber­atkan bagi mencapai hasrat menjadikan SESB sebagai sebuah organisasi bebas rasuah,” kata Pengurus Besar Kanan (Pentadbira­n Aset) Ir. Mohd Yaakub Jaafar.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SESB Datuk Ir.

Abdul Nasser Abdul Wahid dan menyampaik­an katakata aluan pada pembukaan webinar itu pada Rabu.

Beliau berkata, SESB amat menekankan pematuhan kepada peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan dalam Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di mana salah satunya adalah berkaitan vendor/business associates yakni memastikan tadbir urus proses perolehan dan kontrak dibuat secara telus, mengikut tatacara dan prosedur yang betul, tanpa melanggar manamana peruntukan dalam Akta SPRM 2009 dan polisi SESB.

Sesi itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Awang Samsul Baharam

Bungso, yang berkongsi maklumat mengenai Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Sementara itu, kontraktor SESB yang hadir turut berpeluang mendengar perkongsia­n daripada penceramah daripada SESB sendiri iaitu Ketua Pegawai (Integriti) Hamizah Hj. Hussain, Eksekutif Undang-Undang Bahagian Perolehan SESB

Stephanie Anthony, Pengurus Kanan (Jabatan Pengurusan Pembekal dan Tender) SESB Esther Masulah, dan Eksekutif HSE Conrad Bonchee.

 ??  ?? KONGSI MAKLUMAT: Awang Samsul berkongsi maklumat mengenai Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
KONGSI MAKLUMAT: Awang Samsul berkongsi maklumat mengenai Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
 ??  ?? WEBINAR: Antara tajuk yang dikongsika­n bersama pada webinar itu.
WEBINAR: Antara tajuk yang dikongsika­n bersama pada webinar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia