Utusan Borneo (Sabah)

Permuafaka­tan warga sekolah, PIBG dan bekas pelajar bantu persiapan pengoperas­ian sekolah SMK Labuan

-

SMK Labuan menerima kehadiran seramai 1,618 murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas sempena pengoperas­ian sekolah dalam norma baharu di seluruh negara bermula 5 April 2021 (Isnin).

Jumlah murid sesi pagi ialah seramai 717 orang iaitu Tingkatan 4 (286), Tingkatan 5 (237) dan Tingkatan 6 Atas (194).

Manakala jumlah murid sesi petang pula ialah seramai 901 orang iaitu Tingkatan 1 (305), Tingkatan 2 (299) dan Tingkatan 3 (297).

SMK Labuan merupakan satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutua­n Labuan yang melaksanak­an pengoperas­ian Model Dua Sesi.

Cabaran utama pihak sekolah ialah untuk menyediaka­n lokasi transit bagi semua 901 murid sesi petang sebagai tempat menunggu sementara sebelum murid-murid sesi pagi balik bermula jam 12.15 tengah hari.

Seramai 600 murid dapat ditampung menggunaka­n kemudahan sedia ada iaitu Dewan Mutiara, Galeri Kristal dan Garaj kenderaan guru.

Sekolah perlu menyediaka­n lokasi transit untuk 300 orang murid lagi.

PIBG SMK Labuan telah bersetuju untuk menyumbang­kan 11 buah khemah besar bersaiz 20 kaki x 20 kaki sebagai lokasi transit 300 orang murid tersebut.

Isu seterusnya ialah untuk menyediaka­n 300 buah kerusi untuk murid-murid berkenaan duduk di lokasi transit.

Pihak sekolah telah bersetuju untuk melancarka­n kutipan ‘Patak-Patak Guru dan Staf SMK Labuan’ yang berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM6,000 dalam masa kurang 24 jam.

AJK PIBG juga telah membantu membuat kutipan sumbangan dalam kalangan bekas pelajar SMK Labuan tahun 1980-an sekaligus berjaya mengumpulk­an sumbangan RM2,400.

Ini membawa kepada jumlah keseluruha­n mencecah lebih RM8,000 dan dapat menyelesai­kan isu untuk membeli 300 buah kerusi.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada PIBG di bawah pimpinan Yang Dipertuany­a Haji Md Yusof Haji Chuchu, Naib Yang Dipertua Nordin Ahmad serta AJK ibu bapa Susanna Koh yang mengambil inisiatif untuk membantu pihak sekolah menyelesai­kan cabaran yang dihadapi.

Semua persiapan yang dilakukan adalah bertujuan untuk melaksanak­an pengoperas­ian sekolah dalam norma baharu.

“Permuafaka­tan warga sekolah, PIBG dan bekas pelajar membantu persiapan pengoperas­ian sekolah SMK Labuan dalam norma baharu.

“InsyaAllah SMK Labuan sudah bersedia untuk menerima kehadiran murid bermula 5 April 2021 (Isnin) ini,” katanya.

Ismail juga tidak lupa mengucapka­n terima kasih atas komitmen dan kerjasama padu semua guru dalam memastikan pengoperas­ian sekolah SMK Labuan berjalan lancar.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama ibu bapa untuk memastikan anakanak mereka datang awal ke sekolah agar urusan pendaftara­n di kawasan pekarangan sekolah berjalan lancar sebelum mereka masuk ke kelas masing-masing.

 ??  ?? LOKASI TRANSIT: Ismail (kiri) bersama Md Yusof berlatarbe­lakangkan khemah besar sebagai lokasi transit 300 orang murid sesi petang sebelum murid-murid sesi pagi balik bermula jam 12.15 tengah hari.
LOKASI TRANSIT: Ismail (kiri) bersama Md Yusof berlatarbe­lakangkan khemah besar sebagai lokasi transit 300 orang murid sesi petang sebelum murid-murid sesi pagi balik bermula jam 12.15 tengah hari.
 ??  ?? PATUH: Guru bertugas memastikan murid menulis nama, suhu dan memakai pelitup muka.
PATUH: Guru bertugas memastikan murid menulis nama, suhu dan memakai pelitup muka.
 ??  ?? SOP: Murid sesi pagi menulis nama dan suhu sebelum masuk ke kelas.
SOP: Murid sesi pagi menulis nama dan suhu sebelum masuk ke kelas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia