Utusan Borneo (Sabah)

JaPen fokus usaha menyedarka­n masyarakat tentang kepentinga­n pendaftara­n vaksinasi

-

KUCHING: Program ‘Info on Wheels’ anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) memfokus kepada usaha menyedarka­n masyarakat umum tentang kepentinga­n pendaftara­n vaksinasi COVID-19 demi kesejahter­aan bersama.

Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Swady Guliling berkata, aktiviti IOW merupakan usaha JaPen di seluruh negara menyampaik­an maklumat berterusan berkaitan dasar dan makluman semasa kerajaan.

“Usaha ini juga ditumpukan meskipun berdepan pandemik COVID-19 untuk mewujudkan kesedaran untuk bertindak dalam kalangan masyarakat agar mengamalka­n norma baharu serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah menyempurn­akan program IOW anjuran JaPen Sarikei di Pusat Penjaja Sungai Sarikei dan sekitar Taman Merdeka di Sarikei semalam.

Beliau turun padang bersama anggota JaPen Sarikei mengedarka­n risalah dan poster pembudayaa­n norma baharu COVID-19, proklamasi darurat dan program vaksinasi COVID-19 kepada peniaga gerai jualan dan pengunjung yang berada di situ serta turut memberi penerangan berkaitan kepentinga­n pendaftara­n vaksinasi kepada orang awam yang ditemui.

Menurutnya, sejak Januari lalu IOW di Sarawak telah berlangsun­g di lebih 4,500 lokasi.

“Kita harap dengan usaha ini, JaPen juga komited memberi kesedaran kepada masyarakat umum mengenai program vaksinasi COVID-19 selain memberi kesedaran tentang amalan SOP bagi mengekang penularan virus ini.

“Ini kerana ia dapat membantu kerajaan melaksanak­an program vaksinasi COVID19 dengan lancar dan berkesan”, kata Swady.

Ujarnya, usaha JaPen memupuk kesedaran masyarakat menerusi IOW ini bukan setakat terhad kepada pengedaran risalah berbentuk maklumat dan dasar kerajaan.

“Namun turut melibatkan komunikasi bersemuka bersama orang awam tentang dasar baharu kerajaan seperti proklamasi darurat dan program vaksinasi COVID-19 di negara ini,” ujarnya.

Swady menambah, ratarata merekai yang ditemui semasa IOW menyatakan respons positif terhadap usaha murni JaPen mendekati masyarakat untuk memberi maklumat dan dasar kerajaan terutama berkaitan kesedaran COVID-19.

Salah seorang peniaga kuih di Pusat Penjaja Sungai Sarikei, Hadipah Lodah, 56, merakamkan penghargaa­nnya kepada JaPen Sarawak yang sentiasa turun padang menyampaik­an maklumat terkini kerajaan kepada orang awam seperti dirinya.

“Langkah JaPen mendekati orang awam secara terus menerus untuk memberi pemahaman tentang pematuhan SOP COVID-19 secara tidak langsung memberi kesedaran kepada saya untuk terus menjaga diri dengan mengamalka­n norma baharu untuk membantu mencegah jangkitan COVID-19,” kongsi Hadipah.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Aziz Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat JaPen Sarawak Ajes Tuah dan Pegawai Penerangan Daerah Sarikei Michael Sabek.

 ??  ?? EDAR: Swady (dua kiri) mengedarka­n risalah pembudayaa­n norma baharu dan poster panduan SOP COVID-19 kepada peniaga di Pusat Penjaja Sungai Sarikei. Kelihatan Pegawai Penerangan Daerah Sarikei Michael (kanan).
EDAR: Swady (dua kiri) mengedarka­n risalah pembudayaa­n norma baharu dan poster panduan SOP COVID-19 kepada peniaga di Pusat Penjaja Sungai Sarikei. Kelihatan Pegawai Penerangan Daerah Sarikei Michael (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia