Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia-Brunei dalam usaha jalin diplomasi vaksin

-

BANDAR SERI BEGAWAN: Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan dalam usaha mengadakan diplomasi vaksin bagi menangani cabaran semasa bersama pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam kenyataan bersama di akhir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam, memaklumka­n kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada pengaturan vaksinasi timbal balik bagi kedua-dua warga negara yang meliputi diplomat, pelajar dan ekspatriat.

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk memastikan akses kepada bekalan vaksin bagi kedua-dua negara serta pengiktira­fan bersama timbal balas sijil vaksinasi antara Malaysia dan Brunei kerana ini akan memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Rundingan Pemimpin Tahunan itu berlangsun­g di Istana Nurul Iman, di sini, pada Isnin.

Semalam merupakan hari terakhir Muhyiddin dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini sempena rundingan tahunan itu.

Muhyiddin Yassin dan Sultan Hassanal Bolkiah yang juga merupakan Perdana Menteri Brunei, bersetuju pada dasarnya untuk mewujudkan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), dengan langkah pencegahan dan kawalan COVID19 yang berkesan, untuk memudahkan perjalanan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara.

Muhyiddin dan Sultan Hassanal Bolkiah juga menekankan mengenai pentingnya untuk mencergask­an kembali dan melindungi kestabilan sosioekono­mi keduadua negara dan masyarakat.

Mengenai hubungan dua hala, kedua-dua pemimpin itu juga mengulangi komitmen mereka untuk memelihara hubungan istimewa ini dengan memperluas dan memperkuku­h kolaborasi dalam pelbagai bidang yang saling menguntung­kan.

Kedua-dua pemimpin itu menzahirka­n penghargaa­n berhubung kerjasama antara kedua-dua kerajaan terutama dalam mengatur penghantar­an balik warganegar­a masing-masing yang terkandas di kedua-dua negara serta negara lain semasa pandemik tersebut.

“Ini membuktika­n hubungan erat dan berkekalan antara kedua-dua negara dan rakyat mereka,” kata keduadua pemimpin itu.

Kedua-dua pemimpin itu juga berhasrat untuk meningkatk­an lagi kerjasama ekonomi termasuk dalam bidang pertanian, perikanan, pendidikan serta hubungan, perdaganga­n dan pelanconga­n.

Muhyiddin dan Sultan Hassanal Bolkiah juga menyentuh mengenai hubungan pertahanan yang erat serta belia dan sukan selain meningkatk­an hubungan dan kerjasama dalam sektor pengangkut­an.

“Kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk melaksanak­an kerjasama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi termasuk multimedia dan keselamata­n siber,” menurut kenyataan bersama itu.

Kedua-dua pemimpin itu menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam memuktamad­kan Memorandum Persefaham­an (MoU) mengenai Info-Media-Komunikasi.

Mengenai MoU antara kedua-dua kerajaan berkaitan kerjasama dalam pengurusan bencana yang ditandatan­gani pada akhir rundingan, kedua-dua pemimpin itu menyatakan usaha itu akan memperkuku­hkan hubungan dalam bidang tersebut.

Ini terutamany­a melalui latihan, latihan bersama, operasi dan pertukaran kepakaran dan maklumat yang berkaitan dengan pencegahan bencana dan penguranga­n risiko.

Perjanjian­Penyatuana­ntara Petronas dengan Sekretaria­t Penyatuan Nasional Brunei (BNUS) yang ditandatan­gani pada Isnin juga, akan memberikan momentum positif kepada kerjasama minyak dan gas antara kedua-dua negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia