Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin ASEAN akan bertemu bincang isu Myanmar

-

BANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei bersetuju supaya pemimpin ASEAN bertemu untuk membincang­kan perkembang­an di Myanmar.

Malah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah juga telah menugaskan menteri dan pegawai kanan masing-masing untuk melakukan persediaan yang perlu bagi mesyuarat itu yang akan diadakan di Sekretaria­t ASEAN di Jakarta, Indonesia.

“Para pemimpin mengesahka­n kesediaan ASEAN untuk membantu Myanmar, termasuk melalui pengaruh pejabat

Pengerusi ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN secara positif, aman dan membina. …ia kekal demi kepentinga­n terbesar ASEAN untuk melihat Myanmar menyelesai­kan krisis ini dan mendapatka­n semula kestabilan,” menurut kenyataan bersama kedua-dua pemimpin yang dikeluarka­n pada akhir Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 di Istana Nurul Iman di sini Isnin.

Semalam merupakan hari terakhir Muhyiddin dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini. Brunei adalah pengerusi ASEAN 2021.

Dilaporkan rampasan kuasa di Myanmar berlaku dua bulan lalu selepas tentera menjatuhka­n pemimpin yang dipilih secara demokratik.

Muhyiddin dan Sultan Hassanal Bolkiah juga menggesa semua pihak agar tidak membangkit­kan lagi keganasan dan supaya mengawal keadaan dan fleksibel.

“Para pemimpin menyeru semua pihak yang berkenaan untuk mencari penyelesai­an secara aman, mengadakan dialog, mewujudkan perdamaian dan kembali normal mengikut kemahuan dan kepentinga­n rakyat Myanmar demi keamanan, keselamata­n dan kestabilan rantau ini,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia