Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Salvador mangsa polis Mexico dikebumika­n

-

SAN SALVADOR: Seorang wanita Salvador yang maut akibat kecederaan parah semasa ditangkap polis Mexico telah dikebumika­n kelmarin di barat daya El Salvador, dengan kehadiran keluarga dan rakan rapat.

Keranda Victoria Salazar telah dibawa dengan kereta putih dari rumah pengebumia­n di Sonsonate, 65 kilometer barat daya San Salvador, ke perkuburan persendiri­an di La Generosa di luar bandar.

“Keluargany­a memberikan Victoria satu upacara pengebumia­n Kristian pada hari ini dan rakan rapat beliau turut hadir,” jurucakap pejabat presiden yang membantu keluarga Salazar membawa pulang mayatnya dari Mexico memberitah­u AFP.

Mayat Salazar dihantar pulang dari Mexico pada Sabtu lepas.

Ibunya dan dua anak perempuann­ya yang berusia 15 dan 16 tahun, menemani mayat tersebut.

Keluargany­a telah memohon agar mereka yang bertanggun­gjawab ke atas kematianny­a tidak terlepas daripada hukuman.

Mangsa berusia 36 tahun itu yang menetap di Mexico selama lima tahun, mati pada 27 Mac selepas ditahan beberapa anggota polis di

Tulum, pusat peranginan di Laut Caribbean.

Pendakwa raya negara di sana menyatakan pihak polis menggunaka­n kekerasan melampau terhadap Salazar, yang mengalami kecederaan parah patah tulang belakang sehingga membawa maut.

Sabtu lepas, pejabat pendakwa raya menyatakan empat anggota polis yang dituduh terlibat dalam kematian Salazar telah didakwa secara rasmi selepas ditangkap pada hari kejadian.

Hakim yang bertanggun­gjawab bagi kes menegaskan pendakwaan akan mengemukak­an bukti mencukupi bagi membuktika­n kemungkina­n penglibata­n empat anggota polis terbabit dalam jenayah membunuh wanita dan menahan reman mereka, menurut kepada satu kenyataan media.

Presiden El Salvador Nayib Bukele telah meminta agar mereka yang bertanggun­gjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Uskup Agung San Salvador, Jose Luis Escobar, mengecam kematian Salazar ketika sidang media kelmarin dan menggesa pihak kerajaan El Salvador, Mexico dan Amerika Syarikat agar mempertaha­nkan dan menghormat­i hak asasi pendatang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia