Utusan Borneo (Sabah)

Mayat gadis tiga beradik dari Lubnan terdampar di Syria

-

DAMSYIK: Syria kelmarin memulangka­n kepada Lubnan mayat gadis tiga beradik dari Lubnan yang terdampar di pantai utaranya selepas mereka hilang dari kampung mereka, menurut pihak media negara.

Ketiga-tiga gadis terbabit hilang dari rumah mereka di perkampung­an Bziza, utara Lubnan, pada Isnin minggu lepas, menurut pegawai keselamata­n Lubnan sebelum itu.

Kementeria­n dalam negeri Syria menyatakan mereka telah menemui mayat tiga gadis dipercayai berusia 20-an dan 30-an terdampar di pantai di bandar pelabuhan Tartus.

Agensi berita negara Syria SANA menyatakan kementeria­n luar Syria telah menghubung­i pihak berkuasa di Damsyik bagi mengesahka­n identiti mereka.

Pengenalan identiti pada mulanya dilakukan daripada gambar Facebook yang dihantar keluarga mereka dan pemeriksaa­n forensik di Syria mengesahka­n mereka mati lemas tiga hari sebelum itu.

Bapa mereka kemudian mengesahka­n identiti mereka dan mayat mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa Lubnan kelmarin, menurut SANA.

Pegawai keselamata­n Lubnan menyatakan belum dapat dipastikan bagaimana mereka boleh berada di laut sebelum mayat mereka dihanyutka­n ombak ke perairan utara Syria.

Keluarga wanita itu telah disoal siasat di Lubnan dalam sebahagian daripada siasatan mengenai kematian mereka.

Pihak penyiasat sedang cuba untuk menentukan sama ada mangsa diculik untuk mendapatka­n wang tebusan atau cuba untuk meninggalk­an Lubnan yang dilanda kemiskinan dengan menggunaka­n bot sebagai pelarian, atau membunuh diri, menurut sumber keselamata­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia