Utusan Borneo (Sabah)

Penstruktu­ran AKSEM di bawah PDRM akan diperinci

-

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi penstruktu­ran semula Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang akan diletakkan di bawah pentadbira­n PDRM.

Pengarah Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata pihaknya akan bermesyuar­at dengan kementeria­n berkaitan bagi memperinci­kan bagaimana AKSEM akan ditugaskan di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) khususnya KDNKA.

Beliau berkata buat masa sekarang, lawatan sudah dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) AKSEM termasuk di

Perlis dan Kedah.

“Kita akan buat tinjauan dahulu bagaimana penugasan oleh AKSEM sebelum ini dan apa yang perlu disesuaika­n dengan PGA.

“Proses ini saya percaya tidak lama dan mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi keputusan mengenainy­a akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat dan Komander Briged Tenggara PGA SAC Hassan Basri Ahmad Safar.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga akan melihat daripada aspek keanggotaa­n yang akan diberikan sama ada dikekalkan dengan jumlah sedia ada ataupun ditukarkan anggota yang baharu untuk penugasan.

Jelasnya ketika ini, terdapat seramai 561 anggota AKSEM di seluruh negara termasuk sebahagian besarnya adalah anggota daripada PDRM.

“Kita juga akan lakukan kajian termasuk berapa lama anggota terbabit bertugas di sesuatu tempat dan sebagainya. Jika terlalu lama bertugas di sesuatu kawasan itu sebenarnya tidak elok daripada segi tugasan.

“Selain itu, bagi AKSEM kesemua anggotanya daripada agensi lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigesen Malaysia dan lain-lain akan dikembalik­an ke perjawatan jabatan masing-masing,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TANGKAS: Anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan demonstras­i menangkap penyeludup pada Majlis Perasmian Batalion 8 PGA di Padang Kawad Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam. — Gambar Bernama
TANGKAS: Anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan demonstras­i menangkap penyeludup pada Majlis Perasmian Batalion 8 PGA di Padang Kawad Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia