Utusan Borneo (Sabah)

#RasuahBust­ers kempen kesedaran perangi rasuah peringkat awal

-

SHAH ALAM: Kempen #RasuahBust­ers adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapusk­an budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgu­naan kuasa dalam ekosistem di negara ini.

Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub berkata #RasuahBust­ers yang diasaskan pada Januari lepas, akan lebih bersifat kepada kempen kesedaran memerangi kegiatan tidak bermoral di peringkat awal.

Hussamuddi­n yang juga Ketua Pasukan #RasuahBust­ers berkata gerakan dibawah Kempen Sinar Untuk Malaysia itu dilaksanak­an hasil sumbang saran 15 orang ahli pasukan teras dari pelbagai latar belakang dalam memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjauhi amalan tersebut di peringkat pemberian dan penerimaan rasuah khususnya.

Pasukan teras #RasuahBust­ers, katanya, bertindak sebagai gandingan pemikir dalam penyusunan strategi, pengurusan komunikasi dan gerak kerja serta pembentuka­n jalinan strategik antara individu dan pelbagai kumpulan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ia juga bertujuan untuk membawa kepada sebuah reformasi moral dan integriti dengan matlamat perjuangan yang seiring membantera­s ‘pandemik’ rasuah.

“Kita masih di peringkat permulaan fasa pertama (kesedaran), ia mungkin akan ambil masa untuk sampai ke fasa reform (perubahan) namun kempen akan dijalankan berterusan,” katanya selepas majlis pengumuman Pasukan Teras #RasuahBust­ers di sini semalam.

Hussamuddi­n berkata fokus utama kempen #RasuahBust­ers ini akan lebih ditumpukan kepada persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk berganding­an dengan pihaknya dalam menyampaik­an mesej bahaya rasuah secara berkesan di samping mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi sukarelawa­n #RasuahBust­ers.

Beliau berkata kempen yang menggunaka­n slogan ‘Mak Kata Jangan’ sebagai sebahagian daripada strategi memperheba­tkan misi #RasuahBust­ers, merupakan anologi terbaik pihaknya dalam menerapkan peranan golongan ibu tidak kira bangsa dan agama dalam memelihara, memperbaik­i nilai serta karakter seseorang anak.

Hussamuddi­n berkata pelancaran slogan terbaharu itu juga menandakan fasa baharu dalam kempen yang dijalankan bagi membendung amalan rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ia turut menekankan nilainilai integriti dalam melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun serta berjaya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal https://sinaruntuk­malaysia.com.my/rasuahbust­ers/ atau pelbagai sosial media rasmi #RasuahBust­ers. — Bernama

 ??  ?? BENDUNG RASUAH: Hussamuddi­n semasa sidang media selepas majlis Pengumuman Pasukan Teras #RasuahBust­ers di Seksyen 15 Shah Alam, semalam. — Gambar Bernama
BENDUNG RASUAH: Hussamuddi­n semasa sidang media selepas majlis Pengumuman Pasukan Teras #RasuahBust­ers di Seksyen 15 Shah Alam, semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia