Utusan Borneo (Sabah)

KPT galakkan penyertaan dalam pensijilan profesiona­l kenderaan elektrik, hibrid

-

KEPALA BATAS: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) menggalakk­an lebih ramai pemain industri automotif mengikuti kursus Pensijilan Profesiona­l Hibrid dan Elektrik Tahap 4 di Kolej Komuniti Kepala Batas, yang merupakan satu-satunya kursus Tahap 4 yang ditawarkan di luar dari United Kingdom dan Ireland.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Mansor Othman berkata Kolej Komuniti Kepala Batas telah diiktiraf sebagai ‘Approved Centre’ oleh Institute of the Motor Industry (IMI) dari United Kingdom, yang turut memfokuska­n kepada bidang khusus dengan menawarkan Pensijilan Profesiona­l Hibrid dan Elektrik Tahap 1 hingga 3.

“Pensijilan Tahap 4 dijangka mula ditawarkan pada suku ketiga tahun ini dengan sumbangan sebuah kereta elektrik kepada Kolej Komuniti Kepala Batas oleh pihak industri iaitu syarikat MILI Auto & Hybrid Service Sdn Bhd,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Jelajah Malaysia Prihatin di Kolej Komuniti Kepala Batas semalam.

Beliau berkata Kolej Komuniti Kepala Batas telah menawarkan kursus Tahap 1 hingga 3 bermula dari 2014 dan setakat tahun lepas telah mendaftark­an seramai 927 peserta kursus automotif dari dalam dan luar negara antaranya Singapura, Fiji, Bangladesh, Romania, Mauritius dan United Kingdom.

Mansor berkata penawaran kursus ini dijangka dapat menarik minat ramai lagi pemain industri automotif di dalam dan luar negara memandangk­an kos untuk mengikuti kursus itu lebih murah di Malaysia berbanding di United Kingdom dan Ireland dan peserta juga berkelayak­an untuk bekerja di luar negara kerana sijil yang diperoleh bertaraf antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia