Utusan Borneo (Sabah)

Man United tewaskan Brighton, rapatkan jurang dengan City

The Reds berada di belakang pendahulu liga itu dengan kekurangan 14 mata sementara Tottenham seri 2-2 dengan Newcastle

-

The Reds berada di belakang pendahulu liga itu dengan kekurangan 14 mata sementara Tottenham seri 2-2 dengan Newcastle

LONDON: Manchester United bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Brighton 2-1 untuk merapatkan kedudukan di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan kurang 14 mata sementara harapan Tottenham Hotspur mencabar empat tangga teratas liga terjejas apabila gol lewat Joe Wilock memastikan Newcastle United seri 2-2 pada Ahad.

Bukan kali pertama musim ini di mana United memerlukan kebangkita­n bergaya dalam separuh masa kedua selepas 45 minit pertama yang hambar untuk membawa pulang tiga mata penuh menerusi gol Marcus Rashford dan Mason Greenwood.

Danny Welbeck membuka jaringan buat Brighton sebelum Lewis Dunk tidak bernasib baik untuk menambah jaringan apabila cubaannya terkena palang.

Brighton juga mengulangi cerita yang hampir sama musim ini apabila gagal menterjema­h penguasaan bola kepada gol sebelum rehat.

Rashford mengikat kedudukan pada minit ke-62 dari umpanan Bruno Fernandes sebelum Fernandes

LEDAK: Willock menjaringk­an gol kedua buat pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle United dan Tottenham Hotspur di St James’ Park, kelmarin.

sekali lagi terlibat apabila umpanan beliau kepada Paul Pogba, berakhir dengan tandukan Greenwood untuk gol kemenangan dan gol liga kedua beliau musim ini.

Peluang United mengejar City kelihatan tipis dengan

City hanya memerlukan 11 mata dari baki tujuh perlawanan musim ini untuk mengesahka­n kejuaraan ketiga dalam tempoh empat tahun.

Tetapi kemenangan membuka ruang 11 mata di antara

United dan pasukan di tangga kelima, Tottenham Hotspur dan Liverpool dalam buruan kelayakan ke Liga JuaraJuara musim hadapan. “Ia masih jauh berbanding City tetapi kami mahu mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua,” kata Solskjaer.

Spurs harus menyalahka­n diri mereka sendiri selepas tercicir dua mata penting di St. James’ Park. Skuad kendalian Jose Mourinho itu kurang lima minit untuk naik ke tangga keempat liga selepas dua gol Harry Kane dalam separuh masa pertama.

Joelinton meletakkan Newcastle di hadapan sebelum Willock, pemain pinjaman dari Arsenal menjaringk­an gol penyamaan ketika berbaki lima minit permainan.

Tottenham mengatasi Liverpool ke tangga kelima dengan perbezaan gol tetapi masih dua mata di belakang Chelsea dengan baki lapan perlawanan sahaja lagi musim ini.

“Saya kecewa. Kami perlu memenangi perlawanan. Kami mencipta beberapa ketidaksta­bilan dengan begitu ramai pemain melakukan kesilapan secara individu,” kata pengurus Spurs, Jose Mourinho.

Ditanya kenapa Tottenham bergelut mempertaha­nkan kedudukan ketika pasukannya bertahan dengan sangat baik sebelum ini, Mourinho menjawab: “Jurulatih sama, pemain berbeza.

“Liga Perdana adalah bola sepak peringkat tertinggi dan sukar dan apabila dalam beberapa perlawanan anda tidak menunjukka­n bahawa anda tidak berada dalam tahap bola sepak tinggi, ia adalah sukar.”

Gol Willock terbukti sangat penting buat Newcastle kerana ia membolehka­n mereka menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tiga mata berbanding Fulham, yang tewas 1-3 di Aston Villa.

Fulham dilihat berpeluang melangkah keluar dari zon penyingkir­an apabila Aleksandar Mitrovic menyempurn­akan umpanan lemah Tyrone Mings untuk

Ia masih jauh berbanding City tetapi kami mahu mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua. " Ole Gunnar Solskjaer Pengurus Manchester United

menjaringk­an gol liga yang pertama beliau sejak bulan September.

Villa kelihatan kurang kreatif tanpa pemain tengah utama, Jack Grealish, yang masih merawati kecederaan­nya.

Tetapi Villa menemui rentak apabila menjaringk­an tiga gol dalam 12 minit terakhir permainan.

Trezeguet masuk dari bangku simpanan untuk menjaringk­an dua gol dalam tempoh tiga minit untuk mengubah keputusan.

Ollie Watkins melengkapk­an jaringan dari umpanan Bertrand Traore.

Pada perlawanan awal, S o u t ham p ton semakin mengesahka­n akan terus kekal dalam Liga Perdana apabila bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menang 3-2.

Penalti Chris Wood dan gol Matej Vydra meletakkan Burnley selesa di hadapan pada 28 minit pertama permaiann.

Namun Southampto­n bangkit bergaya dengan Stuart Armstrong dan Danny Ings menjaringk­an gol penyamaan sebelum rehat.

Nathan Redmond menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-66 apabila menyempurn­akan hantaran lintang Theo Walcott.

“Tiga mata ini sangat penting,” kata pengurus Southampto­n, Ralph Hasenhuttl. “Apabila anda melihat lima gol, ia sentiasa menarik untuk penonton tetapi ia tidak bagus untuk jantung pengurus.”

Selepas kemenangan kedua dari 13 perlawanan, Southampto­n kini tiga mata di atas Burnley, yang berada tujuh mata di hadapan Fulham. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? BOLOS: Rashford (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Brighton and Hove Albion di Old Trafford di Manchester, kelmarin.
GREENWOOD
BOLOS: Rashford (kanan) menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Brighton and Hove Albion di Old Trafford di Manchester, kelmarin. GREENWOOD
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia