Utusan Borneo (Sabah)

Quartararo juara MotoGP Doha

-

DOHA: Fabio Quartararo dari pasukan Yamaha, muncul juara MotoGP Doha pada Ahad, diikuti rakan senegarany­a dari Perancis, Johann Zarco dari pasukan Ducati-Pramac.

Pelumba baharu, Jorge Martin, rakan sepasukan Zarco, di tempat ketiga selepas memulakan perlumbaan di petak pertama.

Ia adalah kali pertama dua pelumba dari Perancis berada di atas podium dalam kelas elit perlumbaan sejak 1954 apabila Pierre Monneret muncul pemenang dan Jacques Collot di tangga ketiga pada perlumbaan di Reims.

Quartararo berseloroh bahawa “beliau akan menikmati makan malam di McDonald” ekoran kemenangan­nya.

“Ia mudah untuk berkata saya belum memenangi banyak perlumbaan, tetapi wow!” tambah beliau.

“Saya datang dari kedudukan kelapan, kepantasan dan trek jauh berbeza dari kedudukan keempat semasa sesi latihan dan persediaan.

“Saya sentiasa mengimpika­n kemenangan di Qatar, malangnya saya bukan yang pertama (musim ini).”

Tempat kedua Zarco sudah memadai untuk meletakkan beliau di senarai teratas keseluruha­n pelumba selepas dua perlumbaan.

Beliau mengumpul 40 mata dengan Quartararo di tangga kedua, kurang empat mata.

“Saya berasa agak gembira Jorge (Martin) mendahului saingan, selepas separuh perlumbaan, beliau mempunyai kepantasan tetapi saya dapat terus kekal di belakangny­a,” kata Zarco.

“Beliau begitu hebat. Ia bagaimanap­un mengejutka­n apabila ketika berbaki empat pusingan, Fabio muncul pada masa yang tepat untuk memintas Jorge.

“Saya cuba untuk memintas Fabio tetapi gagal. Saya berasa gembira untuk mereka

berdua – kemenangan untuk pelumba Perancis dan podium untuk rakan sepasukan.”

Alex Rins dari pasukan Suzuki dan Maverick Vinales dari pasukan Yamaha, pemenang perlumbaan pertama MotoGP Qatar di litar yang sama, mengisi lima tempat teratas.

Valentino Rossi, juara dunia tujuh kali MotoGP, berada di tangga ke-16 untuk pasukan Yamaha-SRT, selepas bermula di petak ke-21, prestasi kelayakan terburuk pelumba legenda dari Itali itu.

Francesco Bagnaia (Ducati), juara bertahan, Joan Mir (Suzuki), Brad Binder (KTM), Jack Miller (Ducati) dan Aleix Espargaro (Aprilia), melengkapk­an senarai 10 pelumba teratas.

Dalam kelas Moto2, Sam Lowes muncul pemenang untuk kali kedua berturuttu­rut.

Lowes, pemandu pasukan Kalex, mengatasi Remy Gardner dengan kelebihan 0.190 saat sementara tempat ketiga dimenangi Raul Fernandes.

“Angin sangat kuat, jadi ia mudah untuk berada di belakang tetapi apabila saya berjaya memintas di hadapan, ia sangat sukar untuk menjarakka­n diri kerana angin,” kata Lowes. Pelumba remaja dari Sepanyol, Pedro Acosta, mengatasi segala masalah untuk memenangi kategori Moto3 selepas bermula di lorong pit selepas didenda.

Ia adalah kemenangan pertama pelumba berusia 16 tahun dari pasukan KTM itu selepas menamatkan perlumbaan pertama minggu lepas di tempat kedua.

Beliau menewaskan Darryn Binder untuk mendahului keseluruha­n perlumbaan dengan kelebihan sembilan mata. — AFP

 ??  ?? QUARTARARO
QUARTARARO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia