Utusan Borneo (Sabah)

Atletico tewas 0-1 menentang Sevilla

-

MADRID: Atletico Madrid tersungkur sekali lagi dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad apabila tewas 0-1 kepada Sevilla, sekali gus memberi ruang kepada Barcelona untuk merapatkan kedudukan dengan kurang satu mata pada perlawanan lewat.

Marcos Acuna menjaringk­an gol kemenangan Sevilla pada perlawanan di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, dengan kelebihan Atletico di singgahsan­a liga semakin tipis.

Real Madrid sudah kurang tiga mata di belakang ekoran kemenangan ke atas Eibar pada Sabtu dan Barcelona boleh merapatkan kedudukan dengan kurang satu mata jika menewaskan Real Valladolid pada perlawanan lewat.

Ini bermakna saingan kejuaraan liga di Sepanyol tibatiba terbuka luas, dua bulan selepas Atletico memiliki kelebihan 10 mata berbanding Barca dan Real, dan juga kurang satu perlawnan.

Mereka berjaya meraih hanya empat kemenangan dari 12 perlawanan sejak itu, dengan kekalahan di Chelsea menyebabka­n mereka tersingkir dari Liga Juara-Juara dan keciciran mata demi mata dalam liga menjejaska­n impian memburu kejuaraan.

“Secara jujurnya, saya tidak fikir ia tentang gemuruh,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Ia adalah tentang bermain lebih baik, bertahan dengan lebih kental dan mencari rentak terbaik kami.’

Selepas kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab tercorot, Alaves dua minggu lepas, Simeone mungkin berharap rehat bola sepak antarabang­sa akan memberikan pasukannya peluang untuk mengembali­kan kecergasan dan memulakan semula kehebatan mereka.

Namun sebaliknya, mereka mengharung­i satu lagi kekecewaan ketika berdepan pasukan Sevilla yang mahu mengukuhka­n kedudukan di tangga keempat liga untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Kemenangan adalah selayaknya buat Sevilla dan mereka boleh menang dengan lebih banyak gol jika Lucas Ocampos menyempurn­akan penalti dalam separuh masa pertama.

Acuna menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika berbaki 20 minit permainan apabila menanduk umpanan Jesus Navas.

Mario Hermoso mensiasiak­an peluang terbaik untuk mengikat kedudukan sebelum Angel Correa menyaksika­n cubaannya ditepis penjaga gol Sevilla sebelum akhirnya memperoleh­i tiga mata berharga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Acuna (dua kiri) bersaing dengan pemain tengah Atletico Madrid Thomas Lemar (dua kiri) pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Sevilla FC dan Club Atletico de Madrid di stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville, kelmarin
— Gambar AFP DIASAK: Acuna (dua kiri) bersaing dengan pemain tengah Atletico Madrid Thomas Lemar (dua kiri) pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Sevilla FC dan Club Atletico de Madrid di stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia