Utusan Borneo (Sabah)

BERSATU SIAP SIAGA HADAPI PRU-15

Hajiji mahu kepimpinan memperkasa gerak kerja di akar umbi

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah perlu memperkasa­kan gerak kerja bagi memperkuku­hkan jentera dan khidmat bakti BERSATU di akar umbi.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, BERSATU Bahagian dan Cawangan, Srikandi, Armada Bahagian serta Cawangan perlu berada dalam keadaan terbaik, bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya ke-15 (PRU-15).

“Kita perlu menambah keahlian parti dan memastikan permohonan keahlian dapat diproses dengan segera.

“Kita memohon kerjasama ibu pejabat parti untuk memastikan penubuhan cawanganca­wangan dan keahlianke­ahlian baharu mendapat kelulusan rasmi pada kadar segera untuk membolehka­n gerak kerja dilaksanak­an secara menyeluruh di akar umbi,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun BERSATU Sabah ke-2 di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ketua Menteri menyaranka­n Srikandi, Armada perlu bergerak secara agresif dengan melaksanak­an strategi serta pendekatan yang berkesan untuk menarik minat dan sokongan generasi muda kepada parti.

Katanya, bagi memastikan semua gerak kerja ini dilaksanak­an dengan berkesan, beliau telah mengarahka­n Jawatankua­sa Pengurusan BERSATU Sabah untuk bergerak memantau persiapan jentera parti di seluruh bahagian.

Dalam pada itu katanya, kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membolehka­n Petronas mula menunaikan tanggungja­wab membayar cukai jualan yang telah ditetapkan ke atas produk petroleum.

Katanya, ia sekali gus berupaya meningkatk­an hasil negeri untuk dimanfaatk­an demi kepentinga­n rakyat.

“Atas sebab itu, BERSATU Sabah dan seluruh rakan-rakan parti komponen GRS komited untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutua­n.

“Kita di Sabah perlu bertindak untuk memastikan Kerajaan Persekutua­n dan Negeri berada dalam keadaan stabil demi kepentinga­n rakyat dan tanah air,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden

BERSATU Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta kepimpinan BERSATU yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Ahmad Faizal (dua kiri) menyerahka­n anugerah BERSATU kepada seorang penerima sambil disaksikan Hajiji (kanan).
TAHNIAH: Ahmad Faizal (dua kiri) menyerahka­n anugerah BERSATU kepada seorang penerima sambil disaksikan Hajiji (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia