Utusan Borneo (Sabah)

324,573 orang terima Bantuan Prihatin COVID-19 di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TUARAN: Seramai 324,573 penerima Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 di negeri ini mendapat bantuan tunai secara oneoff RM300 setakat 5 April 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri itu membabitka­n jumlah sebanyak RM97,371,900.

Menurutnya, bagi bantuan bakul makanan, sebanyak 296,638 bakul makanan atau kira-kira 93.93 peratus sudah diagihkan kepada penerima untuk tempoh yang sama.

Katanya, pengagihan pelbagai bantuan ini membuktika­n kerajaan negeri komited membantu rakyat daripada pelbagai aspek bagi memulihkan kehidupan yang terjejas berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Tahun lalu, kerajaan negeri memperuntu­kkan bantuan tambahan sebanyak RM160 juta dalam Bantuan Prihatin COVID-19 untuk mereka yang terkesan dengan pandemik berkenaan.

“Bantuan RM160 juta itu adalah tambahan kepada peruntukan segera sebanyak RM50 juta yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada awal Oktober lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian

BANTUAN:

selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Sumbangan Amal Bantuan Bakul Makanan Maxis di Dewan Terbuka Masjid Haji Noor di Kampung Serusup di sini semalam.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaa­n kepada syarikat telekomuni­kasi Maxis yang memberi sumbangan bakul makanan kepada rakyat Sabah yang terjejas dengan COVID-19.

“Alhamdulil­lah banyak syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil membantu dan diharap lebih ramai lagi yang akan membantu,” katanya.

Beliau turut meminta rakyat di negeri ini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan berdisipli­n agar penularan COVID-19 dapat diputuskan.

Menurutnya, kerajaan menerusi jabatan dan agensi serta pemimpin di peringkat akar umbi turut turun padang untuk menjelaska­n mengenai manfaat mendapatka­n vaksin.

“Saya minta mereka yang belum mendaftar (untuk imunisasi) agar segera berbuat demikian. Saya sendiri sudah dua kali mengambil vaksin ini dan tiada apa-apa berlaku.

“Jangan takut dan jangan mudah percaya dengan apa yang dibaca di media sosial,” katanya.

Sementara itu, Ketua

Wilayah Sabah Maxis Bhaarathyr­aja Thanapal berkata, pihaknya memperuntu­kkan RM1 juta kepada GLC/GLIC Disaster Response Network (GDRN) untuk kempen industri ‘To Malaysia With Love’ untuk barisan hadapan dan rakyat yang terkesan dengan COVID-19.

Katanya, dalam fasa pertama kempen itu, Maxis menyumbang­kan RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) untuk menyediaka­n sebanyak 5,000 kotak makanan kepada rakyat yang terjejas teruk akibat COVID-19 dan banjir.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 kotak makanan disalurkan kepada golongan B40 di Sabah, dengan 1,700 daripadany­a sudah diagihkan bermula Januari lepas.

“Antara kawasan yang terlibat termasuk Kinarut, Kanibongan, Kota Belud, Papar, Penampang,Beaufort,Putatan,

Tawau, dan Lahad Datu.

“Hari ini, sebanyak 300 kotak makanan diagihkan di tiga kampung di Tuaran iaitu Serusup, Tajau dan Bolong Lama,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Pegawai Daerah Tuaran Sadan Husaain.

 ??  ?? Hajiji (tengah) menyampaik­an sumbangan kotak makanan kepada salah seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Joniston (dua kiri).
Hajiji (tengah) menyampaik­an sumbangan kotak makanan kepada salah seorang penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Joniston (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia