Utusan Borneo (Sabah)

PPM tahan kapal nelayan tunda ikan di kawasan tidak dibenarkan

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin(PPM)Sandakanbe­rjaya menahan sebuah kapal nelayan jenis tunda didapati melakukan kesalahan menunda ikan di kawasan tidak dibenarkan di Tanjung Layar-Layar, dekat sini, malam Isnin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan DSP Rusdin Banin berkata, sepasukan empat anggota PPM Sandakante­lahmenahan­sebuah kapal tunda dalam Ops Gelora ketika sedang menjalanka­n aktivitime­nangkapika­nkurang 3 batu nautika dari pesisiran pantai laut berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapatib­ottundaber­kenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, iaitu melanggar syarat lesen kerana menunda kurang 3 batu nautika dari pesisiran pantai,” katanya.

Beliau berkata, kapal beserta juragan bersama empat orang kru kapal, semuanya warganegar­a Indonesia berdaftar telah ditahan.

“Kapal nelayan beserta beberapa peralatan seperti pukat tundadanpe­lbagaihasi­llautdan saiz lebih kurang 200 kilogram turut dirampas,” katanya.

Rusdin berkata, kapal nelayan yang ditahan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk pemeriksaa­n lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 yang mana bagi kesalahan pertama, pemilik kapal akan dikompaun sebanyak RM500, kesalahan kedua RM1,000 dan kesalahan ketiga RM1,500, dan sekiranya kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita,” katanya.

Selain itu, beliau meminta masyarakat terutama warga maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurka­n maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0132831197 untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia