Utusan Borneo (Sabah)

Warga Tawau diminta lebih berwaspada dan sentiasa patuhi SOP

-

TAWAU: Brigadier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah (JP) berasa amat risau akan peningkata­n kes positif baharu COVID-19 di Tawau barubaru ini dan beliau berharap ia boleh dijadikan sebagai satu pengajaran kepada semua rakyat agar lebih berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

Liew berkata, virus COVID-19 ini memang berbahaya dan kita tidak dapat menjangka kehadirann­ya kerana sesetengah orang yang dijangkiti tidak mempunyai sebarang simptom dan tandatanda awal.

“Wabak ini telah membawa banyak kesan negatif kepada orang ramai, lebih-lebih lagi kepada penduduk kampung yang tinggal di luar bandar, yang mana mengakibat­kan kehidupan mereka menjadi lebih sengsara.

“Oleh itu, saya berharap setiap penduduk kampung harus sentiasa menjaga kebersihan dan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti janganlah berhimpun atau mengadakan kenduri sementara waktu,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas mengaturka­n pasukan beliau mengagihka­n 100 set bantuan makanan kepada 100 buah rumah di Kampung Tanah Merah, Simpang 3, Merotai, sini kemarin.

Kebelakang­an ini, Liew telah menerima panggilan daripada ramai penduduk kampung, termasukla­h golongan Tionghua yang mana semuanya menyatakan kegusaran mereka terhadap peningkata­n kes COVID-19 di Tawau.

Oleh demikian, beliau menyeru semua rakyat tanpa mengira bangsa dan budaya, agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, khususnya dalam tempoh PKP di Tawau sehingga 16 April 2021. Semenjak kerajaan mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tawau bermula pada 3 April 2021, beliau mendapati suasana di Bandar Tawau masih lagi meriah dengan orang ramai dan lalu lintas yang sibuk. Ia seakan-akan bukan dalam tempoh PKP dan kes COVID19 tidak dipandang serius.

Beliau berkata, kerajaan sangat bertoleran­si dalam membenarka­n banyak sektor untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Oleh itu, beliau berharap agar semua rakyat dapat bekerjasam­a dengan kerajaan dalam mencegah COVID-19 ini dan pada masa yang sama, sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan terus menjaga kebersihan diri dan persekitar­an.

Menurutnya, kes COVID19 di Tawau menurun secara aman sebelum ini, tetapi tidak dijangka, ia meningkat secara beransur-ansur dalam beberapa hari ini. Jika kita tidak berwaspada dan memandang serius terhadap SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, beliau percaya virus COVID-19 ini akan menjadi lebih serius lagi.

Pada masa yang sama, Liew juga akan berhubung dengan pihak hospital Tawau dan Jabatan Kesihatan Tawau sama ada dapat menghulurk­an tangan sekiranya ada keperluan dari semasa ke semasa.

Beliau berharap mereka sentiasa dapat menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik dalam menjaga pesakit.

Liew berharap setiap individu dapat bekerjasam­a dengan kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini dan juga meminta semua orang agar segera mendaftar dalam program imunisasi.

 ??  ?? AGIH BANTUAN: Liew mengaturka­n pasukannya mengagihka­n 100 set bantuan makanan kepada 100 buah rumah di Kampung Tanah Merah, Simpang 3, Merotai, Tawau.
AGIH BANTUAN: Liew mengaturka­n pasukannya mengagihka­n 100 set bantuan makanan kepada 100 buah rumah di Kampung Tanah Merah, Simpang 3, Merotai, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia