Utusan Borneo (Sabah)

Lapan lokasi Bazar Ramadan Labuan dibuka bermula 13 April

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) menetapkan lapan lokasi Bazar Ramadan di sini yang bermula 13 April melibatkan 350 lot.

Hebahan media PL menyatakan setiap lokasi dikendalik­an pihak berkaitan yang melibatkan PL sendiri, Ujana Kewangan, Jawatankua­sa Pengurusan Kemajuan Kampung (JPKK), Yayasan Pembanguna­n Labuan dan JMB Taman Mutiara.

“Perbadanan Labuan telah melaksanak­an taklimat kepada penganjur dan para peserta berkaitan pematuhan SOP dan peraturan-peraturan di bawah norma baharu bersesuaia­n kawalan dan pencegahan penularan virus COVID19,” jelas hebahan berkenaan.

Dari lapan lokasi itu, PL mengendali­kan lokasi Medan Selera dan Anjung Selera Durian Tunjong, Ujana Kewangan di kompleks UK, JPKK Lubok Temiang dari Anjung Ikan Bakar, JPKK Layang-Layangan di Taman Damai, JPKK Sungai Bedaun di dewan komuniti, YPL di Batu Manikar dan JMB Taman Mutiara di taman perumahan Sungai Bedaun.

Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan juga telah memberi taklimat dan nasihat berkaitan kawalan pencegahan penyakit berjangkit dan juga peraturanp­eraturan pengendali­an makanan.

Dalam sesi taklimat itu juga, pihak Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan memaklumka­n akan melaksanak­an ujian calitan (RTK) kepada semua peniaga Bazar Ramadan secara percuma.

Pematuhan seperti penyediaan MySejahter­a, keperluan sanitasi dan penjarakan merupakan salah satu garis panduan yang amat penting dan perlu dipatuhi oleh setiap penganjur dan juga peniaga.

Pasukan Penguatkua­sa Perbadanan Labuan juga akan bertugas untuk memastikan pematuhan SOP di dua kawasan seliaan Perbadanan Labuan.

Pihak PL berharap semua penganjur Bazar Ramadan akan mengambil tindakan serupa ke atas kawalan dan pematuhan SOP penganjura­n masingmasi­ng.

“Namun perancanga­n ini tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan dan SOP terkini,” jelas hebahan itu.

Perbadanan Labuan berharap orang ramai yang berkunjung ke semua lokasi Bazar Ramadan dapat mematuhi SOP dan menggunaka­n laluan pergerakan masuk yang disediakan selaras norma baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia