Utusan Borneo (Sabah)

CIS kini mampu gandakan pengeluara­n simen

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) mampu menggandak­an penyimpana­n dan pengedaran simen selepas silo penyimpana­n simen yang menggunaka­n teknologi baharu dari Jerman

diguna pakai.

Pengerusi CIS Datuk Japlin Akim berkata, silo penyimpana­n simen yang berkapasit­i 15,000 tan itu mula dibina sejak September 2019.

“Masa yang diambil untuk silo ini siap sepenuhnya adalah kira-kira 18 bulan.

“Dan sejak mula beroperasi pada 1 April 2021, kilang kita dapat gandakan penyimpana­n dan pengedaran simen kita, daripada 35,000 tan kepada 70,000 tan sebulan,” katanya semasa hadir dalam sesi lawatan ke silo penyimpana­n simen baharu di Cement Industries Teluk Sepanggar, kelmarin.

Menurutnya, perkembang­an itu adalah satu peningkata­n prestasi yang sangat baik dan mampu menjamin bekalan simen bagi sektor pembinaan di Sabah dan Labuan kekal mencukupi.

Japlin turut melawat tapak simpanan batu kapur dan proses material komponen bahan mentah untuk membuat simen disimpan.

Dalam lawatan itu, Japlin turut memberitah­u bahawa permintaan dan keperluan simen dijangka mampu dipenuhi.

“Kita jangkakan selepas ini, dengan siapnya pembinaan silo ini, bekalan simen kita cukup dan semua permintaan dapat kita tampung, selain daripada kita tambah rancakkan lagi industri dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ?? TINJAU: Japlin (dua kiri) ketika meninjau bilangan silo simen yang ada dalam kilang CIS.
TINJAU: Japlin (dua kiri) ketika meninjau bilangan silo simen yang ada dalam kilang CIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia