Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan NGO PPR Harmoni anjur Program Kembali Ke Sekolah

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Persatuan NGO PPR Harmoni telah menganjurk­an Program Kembali Ke Sekolah di Tadika Kampung Cahaya Baru.

Pengerusi Persatuan NGO PPR Harmoni Juhaili Majid berkata, program yang diadakan di Masjid PPR Harmoni itu dianjurkan adalah untuk menggalakk­an anak-anak seronok kembali ke sekolah.

“Aktiviti mewarna kanakkanak itu turut melibatkan guru-guru Tadika Kemas dan ibu bapa menyertai program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pertanding­an mewarna merupakan aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak dan akan menceriaka­n mereka untuk kembali ke sekolah.

Katanya, aktiviti mewarna akan memberi peluang untuk kanak-kanak berekspres­i dan meneroka kreativiti mereka selain membantu proses imaginasi mereka lebih kreatif dan berfikir.

Juhaili bersama Satar Usman dan Awang telah menjadi pengadil dalam pertanding­an aktiviti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Persatuan NGO PPR Harmoni dalam perancanga­n untuk memberi sumbangan bantuan persekolah pandemik COVID-19.

Juhaili berkata, sumbangan itu akan diberikan kepada anak-anak termiskin PPR Harmoni yang memerlukan bantuan.

“Bagi mereka yang hendak menghulurk­an sumbangan bagi membantu anak-anak ini boleh mendapatka­n keterangan lanjut pihak persatuan dengan menghubung­i Abang Joe di talian 011-11984380,” katanya.

 ??  ?? CERIA: Juhaili (berdiri, lima kanan) bersama guru-guru serta ibu bapa dan kanak-kanak yang menyertai Program Kembali ke Sekolah.
CERIA: Juhaili (berdiri, lima kanan) bersama guru-guru serta ibu bapa dan kanak-kanak yang menyertai Program Kembali ke Sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia