Utusan Borneo (Sabah)

Delegasi Pustaka Negeri Sarawak adakan kunjungan hormat terhadap Norisah

-

KUCHING: Delegasi Pustaka Negeri Sarawak diketuai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Arpah Adenan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr Norisah Suhaili.

Kunjungan hormat itu turut disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Japri Bujang Masli dan beberapa pegawai Pustaka Negeri Sarawak.

Antara lain ia adalah bertujuan berkongsi maklumat dan kemudahan perkhidmat­an perpustaka­an yang dapat digunakan oleh guru dan murid sekolah.

Pada masa yang sama, pihaknya turut berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam penganjura­n program.

Tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit secara dalam talian pada 22 April nanti bermula jam 11 pagi sehingga 11:10 pagi.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut tentang Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit pada tahun ini, sila berhubung dengan pegawai seranta pihaknya iaitu Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini di talian 082442000 (sambungan 339) atau e-mel di alamat najwa@ sarawak.gov.my.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Norisah (kanan) bersama Arpah (kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pustaka Negeri Sarawak selepas kunjungan hormat pihaknya di pejabatnya semalam.
KUNJUNGAN: Norisah (kanan) bersama Arpah (kiri) bergambar kenangan bersama kakitangan Pustaka Negeri Sarawak selepas kunjungan hormat pihaknya di pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia