Utusan Borneo (Sabah)

Pasar Malam Sibu dibuka semula Jumaat ini

-

SIBU: Pasar Malam Sibu di Butterfly Garden di sini akan dibuka semula pada 9 April (Jumaat) ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Peniaga dan Penjaja Kecil Pasar Sentral Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Kaunselor Albert Tiang berkata, cadangan pembukaan semula pasar malam itu dimaklumka­n kepada Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Sebelum ini, pasar tersebut ditutup sejak 16 Januari lalu berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Selain JPBNS, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) diketuai penyelaras­nya, Dr Annuar Rapaee turut dimaklumka­n mengenai perkara itu,” katanya di sini semalam.

Menurut Albert, semua 164 peniaga di pasar malam itu beroperasi secara bergilirgi­lir untuk mengurangk­an kesesakan.

Katanya, pengunjung diwajibkan mendaftar diri menggunaka­n aplikasi MySejahter­a atau rekod manual selain mengambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan pasar.

“Semua peniaga dan gerai beroperasi di bazar Ramadan perlu menjalani ujian saringan COVID-19 yang diadakan di Dataran Sibu Fasa 1, pada Rabu (hari ini) jam 9 pagi hingga 1 petang.

Beliau berkata, ini adalah sebahagian daripada syarat yang dikenakan ke atas peniaga bagi melawan COVID-19 selain memastikan pelanggan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Pasar Malam Sibu beroperasi dari jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

 ??  ?? DIBUKA SEMULA: Selepas ditutup sejak 16 Januari lalu, Pasar Malam Sibu akan dibuka semula.
DIBUKA SEMULA: Selepas ditutup sejak 16 Januari lalu, Pasar Malam Sibu akan dibuka semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia