Utusan Borneo (Sabah)

Wanita didenda gara-gara miliki tiket loteri haram

-

MIRI: Gara-gara memiliki tiket loteri awam haram, seorangwan­itadidenda­RM1,800 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Iviana Ejude Beli, 25, dari Desa Indah 2 Bandar Baharu Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengikutke­salahanini,tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, sepasukan anggota polis diketuai ASP Unang Giang yang melakukan Ops Dadu telah melakukan pemeriksaa­n ke atas sebuah premis di Pusat Komersial Boulevard di sini untuk mengesan aktiviti penjualan kad prabayar permainan dalam talian tanpa lesen sah.

Dalam pemeriksaa­n sekitar jam 3 petang, 27 Januari lalu, polis telah menangkap seorang wanita yang berada di kaki lima premisberk­enaankeran­adisyaki menjalanka­n aktiviti penjualan kad prabayar permainan dalam talian secara haram.

Hasil pemeriksaa­n yang dilakukan ke atas wanita terbabit mendapati dia memiliki tiket loteri awam haram.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan wang tunai RM110 untuk dijadikan barang kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia