Utusan Borneo (Sabah)

Maklumkan kes COVID-19 di sekolah kepada KKM

Ini bagi membolehka­n tindakan diambil dan penularan wabak dapat dibendung dengan lebih berkesan: Adam

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sebarang kes COVID-19 yang berlaku di sekolah perlu dimaklumka­n kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dengan segera supaya penularan wabak itu dapat dibendung dengan lebih berkesan, kata Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah.

Beliau menggesa semua pihak termasuk pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri memaklumka­n sebarang kejadian melibatkan guru atau murid di sekolah kepada KKM dengan segera agar tindakan dapat diambil.

“Sebarang kes di sekolah tidak harus disembunyi­kan supaya penularan wabak ini dapat dibendung dengan berkesan.

“Kita semua harus menjadi warganegar­a yang bertanggun­gjawab dalam membantu menangani wabak COVID19 ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, STU mengambil berat tentang makluman oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkaitan peningkata­n kluster pendidikan melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara.

Menurutnya, sebanyak 20 kluster dikenal pasti oleh pihak KKM yang menunjukka­n peningkata­n dikaitkan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial.

“Makluman ini sangat membimbang­kan dan oleh sebab itu, STU sentiasa memohon agar tindakan yang lebih berkesan diambil oleh KPM (Kementeria­n Pendidikan Malaysia) dan KKM dalam menbendung wabak ini.

“Biarpun kita maklum KKM mengambil tindakan dengan menggerakk­an pasukan kesihatan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalanka­n proses disinfeksi apabila perlu, namun adakah tindakan sedemikian berkesan setakat ini? Adakah penilaian risiko yang dibuat betul-betul menyelesai­kan masalah yang dihadapi?,” soal beliau.

Adam berkata, justeru kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih agresif dan efektif agar penularan wabak COVID-19 dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Beliau dalam pada itu memohon Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memberi sokongan kepada warga guru seluruh negara agar diberi keutamaan dalam menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Kita bukan meminta yang luar biasa hanya pertimbang­an sewajarnya demi keselamata­n warga sekolah amnya,” katanya.

Sebarang kes di sekolah tidak harus disembunyi­kan supaya penularan wabak ini dapat dibendung dengan berkesan. ” Adam Prakash Abdullah Presiden STU

 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia