Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pinda undang-undang syariah berkaitan LGBT perlu dibuat secara berhemah

-

KUALA LUMPUR: Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi menjatuhka­n hukuman lebih berat ke atas kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) haruslah ditangani secara berhemah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata LGBT adalah bertentang­an dengan norma agama Islam dan pendekatan yang hendak diambil juga mestilah dengan cara mendidik untuk membetulka­n perkara berkenaan.

“Saya kena tengok apakah ruang sedia ada dari segi peruntukan dan undang-undang, kita mesti menuju ke arah keharmonia­n, kebaikan dan rasa selesa dalam kehidupan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media dalam Majlis Penyampaia­n Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil serta Amil Zakat Fitrah Tahun 2021 di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai laporan media bahawa kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 membantahc­adanganTim­balanMente­ridiJabata­nPerdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary untuk meminda Akta Kesalahan Jenayah Syariah bagi menjatuhka­n hukuman lebih berat ke atas golongan tersebut.

Dalam pada itu, ketika diminta memberi pandangan mengenai kes usahawan kosmetik kontrovers­i Muhammad Sajjad Kamaruzzam­an atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat yang masih menghilang­kan diri, beliau mengesyork­an Sajat supaya bertemu pihak berkuasa terutamany­a majlis agama serta pejabat agama di Selangor untuk berbincang bagi menyelesai­kan masalah tersebut.

Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluark­an waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kesnya yang menghadapi satu pertuduhan menyebabka­n agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia