Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,800 lolos dari penjara Nigeria

Selepas kumpulan bersenjata serang bangunan tersebut dengan bahan letupan

-

ABUJA: Lebih 1,800 banduan melarikan diri selepas kumpulan bersenjata berat menyerang sebuah penjara di selatan Nigeria menggunaka­n bahan letupan, sekali gus menjadikan­nya peristiwa lolos dari penjara terbesar di negara Afrika Barat itu, kata pihak berkuasa pemulihan kelmarin.

Penyerang meletupkan laluan mereka ke penjara Owerri di negeri Imo, menentang pengawal dengan pertempura­n senapang dan mengeluark­an banduan.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa pasukan Perkhidmat­an

Pemulihan Nigeria Negeri Imo telah diserang oleh penembak yang tidak dikenali di Owerri,” kata jurucakap perkhidmat­an pemulihan negeri Imo James Madugba, menambah bahawa bilangan banduan yang terlepas belum dapat disahkan lagi.

“Situasi ini berada dalam kawalan,” katanya.

Penyerang itu datang dengan menaiki trak dan bas sebelum menyerbu kawasan tersebut.

Tiada kumpulan mengaku bertanggun­gjawab ke atas penceroboh­an itu, dan Presiden Muhammadu Buhari

menggelar serangan itu sebagai “tindakan terorisme” dijalankan oleh “anarki” dan mengerah pasukan keselamata­n untuk menangkap penyerang dan banduan yang terlepas.

Penjara dalam negara populasi tertinggi Afrika selalu terlebih padat, dan sebanyak 70 peratus banduan direman dan boleh menunggu perbicaraa­n selama bertahunta­hun.

Gabenor negeri jiran Abia menguatkua­sakan perintah berkurung malam di dua bandar mereka, untuk melindungi penduduk tempatan. Negeri Imo sudah lama menjadi kawasan tumpuan untuk kumpulan pemisah Nigeria dan di mana ketegangan sentiasa tinggi antara pihak berkuasa negara dan populasi orang asli Igbo.

Gerakan pasukan pemisah Orang Asli Biafra (IPOB) kebelakang­an ini selalu memuat naik video di media sosial menyaksika­n berbelas-belas militan mereka sedang berlatih.

Pihak berkuasa mengarahka­n perintah berkurung waktu malam di beberapa kawasan negeri Imo awal tahun ini selepas perbalahan tercetus antara angkatan tentera dan militan tempatan.

Tetapi jurucakap IPOB Emmanuel Powerful dalam satu kenyataan dihantar kepada AFP telah menolak sebarang penglibata­n dalam pecah masuk ke penjara Imo dan menafikan tuduhan itu sebagai “penipuan”.

Usul perpisahan negeri Biafra merupakan isu sensitif di Nigeria, selepas pengumuman kemerdekaa­n sebulat suara daripada pemerintah­an Britain pada 1967 mencetuska­n perang saudara ganas selama 30 bulan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia