Utusan Borneo (Sabah)

Lahar mengalir dari rekahan baharu di gunung berapi Iceland

-

REYKJAVIK: Letusan gunung berapi Iceland yang berlangsun­g selama dua minggu, telah memasuki fasa baharu kelmarin dan televisyen memaparkan rekahan baharu terbuka dan mula memuntahka­n lahar.

Rekahan 200 meter itu berkeduduk­an satu kilometer dari letusan pertama, di lembah Geldingada­lur, kata Pejabat Meteorolog­i Iceland (IMO) dalam satu kenyataan.

Ia terbuka sekitar tengah hari waktu tempatan, tambah IMO.

Siaran langsung televisyen dalam saluran tempatan RUV menunjukka­n sedikit magma oren berasap di permukaann­ya. Aliran lahar baharu itu sedang melimpah ke lembah lain, Merardalir.

Imej oleh pejabat Perlindung­an Awam Iceland menunjukka­n sebuah aliran magma panjang, nipis mengalir menuruni bukit-bukau sejauh beratus-ratus meter dari rekahan baharu itu, dan seluruh kawasan dipenuhi asap.

Pada mulanya lahar itu bergerak dengan kelajuan 10 meter sesaat menuruni cerunan itu, namun ia telah perlahan sekarang, kata ahli gunung berapi Thorvaldur Thordarson.

“Firasat saya mendapati tiada tanda-tanda ini akan berhenti,” tambah Thordarson.

“Kita akan menyaksika­n ini buat seketika,” katanya tanpa memberi tempoh jangkaan.

Pejabat Meteorolog­i berkata, helikopter sedang memastikan orang ramai beredar dari kawasan itu manakala saintis dalam perjalanan untuk menilai rekahan itu.

Pihak berkuasa menutup jalan masuk ke kawasan letusan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan telah mula mengeluark­an pemerhati, kata IMO. Orang ramai berkumpul di sana untuk menyaksika­n kejadian itu sejak letusan bermula pada 19 Mac.

Pakar Iceland, pada mulanya menyangka letusan berhampira­n Gunung Fagradalsf­jall itu akan terjadi seketika sahaja, kini meramal ia boleh berterusan selama beberapa minggu atau lebih. Gunung berapi itu terletak hanya 40 kilometer dari ibu kota Reykjavik.

Sungguhpun Iceland mempunyai banyak gunung berapi aktif daripada semua negara di Eropah, semenanjun­g Reykjanes itu tidak pernah mengalami letusan sejak kurun ke-13, menyaksika­n ia berterusan selama 30 tahun, daripada 1210 ke 1240.

Menurut kiraan jabatan pelanconga­n Iceland, 36,293 orang telah mengunjung­i kawasan itu setakat hari Ahad, di mana lahar melimpah dari dua kawah kecil.

Pada 2010, satu letusan di gunung berapi Eyjafjalla­jokull telah menyembur kepulan asap dan debu tebal ke atmosfera, mengganggu trafik udara selama lebih seminggu, membatalka­n lebih 100,000 penerbanga­n seluruh dunia dan mengakibat­kan 10 juta penumpang terkandas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ALIRAN BAHARU: Gambar serahan Jabatan Perlindung­an Awam dan Pengurusan Kecemasan Iceland menunjukka­n lahar mengalir dari rekahan baharu berhampira­n Grindavik kelmarin.
— Gambar AFP ALIRAN BAHARU: Gambar serahan Jabatan Perlindung­an Awam dan Pengurusan Kecemasan Iceland menunjukka­n lahar mengalir dari rekahan baharu berhampira­n Grindavik kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia