Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket kartel tender projek kerajaan: Pegawai kanan kerajaan ditahan

-

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki turut terlibat dalam sindiket kartel tender projek kerajaan.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di kediamanny­a di Ampang tengah malam kelmarin.

“Lelaki itu dipercayai menerima rasuah sebanyak RM1.2 juta membabitka­n empat kali transaksi pembayaran bagi membocorka­n maklumat berhubung spesifikas­i projek-projek kepada ketua sindiket kartel bagi memudahkan penyediaan dokumen tender.

“Hasil risikan juga mendapati beliau dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan namun enggan mengulas lanjut.

Kelmarin, SPRM berjaya melumpuhka­n sindiket kartel tender projek kerajaan dengan penahanan tujuh individu termasuk ketuanya dalam operasi yang dijalankan.

Kesemua mereka dilaporkan­memonopoli­sejumlah35­4 tender beberapa kementeria­n serta agensi kerajaan di seluruh negara melibatkan projek berjumlah RM3.8 bilion sejak 2014 hingga kini dan modus operandi sindiket dipercayai menggunaka­n lebih 150 syarikat bagi memasuki tender atau sebut harga di kementeria­n serta agensi terlibat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia