Utusan Borneo (Sabah)

Tidak dengar tanda ada pihak lain bersama mangsa ketika aduan: Saksi

-

IPOH: Saksi kes rogol pembantu rumah membabitka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini semalam yang beliau tidak mendengar sebarang tanda menunjukka­n ada pihak lain bersama mangsa ketika membuat aduan.

Penerima aduan di Jabatan Tenaga Kerja, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur, Riki Sapari, 39, yang menjawab panggilan mangsa pada kira-kira 11 pagi, 8 Julai 2019 memberitah­u mahkamah pada perbicaraa­n hari kedua semalam ketika pemeriksaa­n semula oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Datuk Jamil Aripin.

“Tiada tanda-tanda atau suara bunyi lain pada saat mangsa berbicara dengan saya,” kata saksi pendakwaan ketiga itu apabila disoal Jamil sama ada terdapat tanda-tanda atau bunyi seolah-olah mangsa bersama orang lain ketika membuat panggilan.

Riki juga memberitah­u tidak bersetuju apabila peguam mencadangk­an mangsa diajar untuk bercakap sedemikian tetapi sebaliknya percaya tiada sesiapa yang mengajarny­a untuk melaporkan kejadian itu.

“Dari cara mangsa berbicara dalam keadaan... menangis, panik dan ketakutan. Maksudnya, saya bisa mengatakan bahawa tidak ada siapa pun (bersama mangsa). Maksud saya dalam keadaan orang berbicara seperti itu saya berpendapa­t ia natural,” katanya.

Riki turut menjelaska­n beliau menulis perkataan pelecehan seksual dalam sistem semasa pengaduan kerana mengikut pemahamann­ya ia turut termasuk dalam perlakuan pemerkosaa­n selain bukan dalam posisi untuk menentukan sama ada pemerkosaa­n berlaku dan melaporkan kepada polis untuk menjalanka­n siasatan.

Perbicaraa­n dikendalik­an Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed manakala pihak pendakwaan diketuai Jamil yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi dan Ainul Wardah Shahidan sementara pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Abdul Wahab kemudian membenarka­n saksi pendakwaan keempat dipanggil iaitu Penyelia Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Sarjan Mejar A. Anna Francisca untuk memberi keterangan.

Anna Francisca turut ditunjukka­n barangan kes termasuk laporan kimia, Asid Deoksiribo­nukleik (DNA) dan rakaman kamera litar tertutup berbentuk CD berkaitan kes itu untuk pengecaman sebelum prosiding ditangguhk­an pada sebelah petang.

Pada 21 Disember lepas, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan sembilan hari bermula 30 Mac lepas untuk perbicaraa­n kes selepas Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya itu di kediaman beliau di Meru Desa Park pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam namun ditangguh sehingga dimulakan semalam.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Disember lalu Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan pembelaan agar kes tersebut dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Yong pertama kali didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika beliau memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Sementara itu, polis Melaka akan mengukuhka­n kerjasama dengan sektor perindustr­ian dan perkilanga­n bagi mewujudkan kawasan persekitar­an paling selamat sekali gus memberi kepercayaa­n kepada pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata usaha itu termasuk menubuhkan satu jawatankua­sa urus setia antara Polis Melaka dengan Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) cawangan Melaka bagi mendapatka­n mekanisme terbaik terhadap usaha memastikan keselamata­n dan ketenteram­an awam.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIRI PERBICARAA­N: Paul Yong hadir bagi perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­nnya di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.
— Gambar Bernama HADIRI PERBICARAA­N: Paul Yong hadir bagi perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­nnya di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia