Utusan Borneo (Sabah)

Dua produk kosmetik dikesan mengandung­i racun berjadual

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunaka­n dua produk kosmetik yang dikesan mengandung­i racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk itu ialah Beautywise Rejuvenati­ng Cream dan Beautywise Rejuvenati­ng Toner, yang masing-masing mengandung­i hydroquino­ne dan tretinoin.

“Notifikasi produkprod­uk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandung­i hydroquino­ne dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan.

Menurutnya, penggunaan hydroquino­ne boleh menyebabka­n kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit yang disapu, ketidaksel­esaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensi­tif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmenta­si) yang mengurangk­an perlindung­an kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatk­an risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin pula boleh menyebabka­n bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensi­tif kepada cahaya matahari.

Beliau berkata penjual dan pengedar produk kosmetik berkenaan perlu menghentik­an penjualan dan pengedaran serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat yang melakukan kesalahan itu pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Dr Noor Hisham turut menasihatk­an orang awam yang sedang menggunaka­n produk kosmetik itu agar segera menghentik­an penggunaan­nya dan mendapatka­n nasihat daripada ahli profesiona­l kesihatan jika mengalami sebarang ketidaksel­esaan atau kesan advers.

Orang ramai juga digalakkan menyemak status notifikasi produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) (www.npra.gov. my) atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia