Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia teruskan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZenec­a

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan penggunaan vaksin COVID-19 jenis AstraZenec­a dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis tandatanga­n Nota Kerjasama antara Kementeria­n Kesihatan (KKM) dengan Kementeria­n Pengangkut­an di sini semalam, Dr Adham berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) semalam.

“Penggunaan vaksin AstraZenec­a akan diteruskan kerana data klinikal yang didapati masih menjurus kepada kebaikan berbanding kemudarata­n,” katanya serta menambah bahawa KKM mengambil maklum elemen kesan ‘adverse’ dan kes melibatkan thrombocyt­openia yang dilaporkan.

Menurut laporan media, tujuh daripada 30 penerima vaksin jenis AstraZenec­a di United Kingdom meninggal dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia