Utusan Borneo (Sabah)

APM Kelantan bantu 9,392 penduduk luar bandar daftar Program Vaksinasi COVID

-

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan membantu 9,392 orang penduduk luar bandar di negeri ini mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sejak 20 Mac lepas sehingga kelmarin.

Pengarah APM Kelantan Zainuddin Hussin berkata kebanyakan individu yang dibantu untuk mendaftar melalui projek Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) itu adalah golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan penduduk yang tidak mempunyai telefon pintar.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruha­n yang berjaya didaftarka­n itu, 6,832 dari Pasir Mas, Gua Musang (1,666), Machang (476), Pasir Puteh (302) dan Kuala Krai (116).

“Usaha ini akan dipergiatk­an kerana kita baru sahaja mendapat arahan daripada Ibu Pejabat APM untuk gerakkan anggota dan pegawai APM di seluruh negara bagi tujuan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata seramai 50 anggota sukarelawa­n APM di setiap cawangan di jajahan akan ke kawasan kampung bagi membantu penduduk mendaftar dan memberi penerangan mengenai program imunisasi itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia