Lelaki dicekup cuba seludup PATI ke Sibu Tekong darat itu ditawarkan RM250 untuk setiap PATI oleh ejen di Batu 3 Kuching
SERIAN: Meskipun penguatkuasaan di sempadan Sarawak-Kalimantan terus diperketatkan, namun masih ada warga tempatan yang berani menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI).
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, terbaharu semalam, seorang lelaki berusia 32 tahun yang berperanan sebagai tekong darat diberkas bersama tiga warga Indonesia.
Menurutnya, suspek ditangkap dalam sekatan jalan raya di Kilometer 90 Jalan Kuching-Sri Aman sekitar jam 4 pagi.
“Kereta suspek ditahan untuk pemeriksaan dan hasilnya mendapati terdapat dua lagi lelaki dan seorang wanita yang ketiga-tiganya didapati warga Indonesia.
“Siasatankeatassuspekmendapati dia berjumpa dengan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai ejen yang membawa masuk ketiga-tiga PATI terbabit di Batu 3, Kuching.
“Ejen terbabit kemudian menawarkan RM250 untuk seorang (PATI) yang perlu dihantar ke Sibu,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini semalam
Jelas Aswandy, didapati ketiga-tiga PATI terbabit memasuki negara ini melalui jalan tidak sah di kawasan Biawak, Lundu.
“Suspek bersama ketigatiga PATI terbabit kemudian ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
“Selain itu, suspek warga tempatan itu juga disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Bahaya (ADB) 1952, susulan penemuan satu tiup berisi dadah jenis Methamphetamine dan saringan air kencing juga didapati positif dadah,” katanya.
“
Siasatan ke atas suspek mendapati dia berjumpa dengan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai ejen yang membawa masuk ketiga-tiga PATI terbabit di Batu 3, Kuching. DSP Aswandy Anis Ketua Polis Daerah Serian