Utusan Borneo (Sabah)

Zii Jia intai status pemain nombor satu dunia

-

PUTRAJAYA: Jaguh badminton perseorang­an negara Lee Zii Jia memberikan dirinya masa dua tahun untuk mencapai status sebagai pemain nombor satu dunia selepas melangkah ke senarai kelompok lapan pemain terbaik baru-baru ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata mengekalka­n permainan yang lebih stabil merupakan salah satu kelemahan dirinya semasa beberapa kejohanan lalu namun sedang berbincang dengan jurulatih untuk memperbaik­i strateginy­a.

“Saya rasa satu atau dua tahun untuk cuba mengatasi masalah ini dan jadikan permainan lebih stabil. Harap boleh jadi pemain nombor satu dunia selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Mercan di pejabatnya di sini.

Pertemuan tersebut turut disertai juara beregu wanita Terbuka Switzerlan­d Pearly Tan-M.Thinnah, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi.

Mengenai Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini, Zii Jia, selaku juara All England, berkata beliau seperti pemain lain mahu menyasarka­n pingat emas namun banyak faktor lain perlu dipertimba­ngkan terutama tekanan yang bakal dihadapi pada temasya sukan terbesar itu.

mahu menjadikan Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu pengalaman dan memberikan yang terbaik tanpa sebarang tekanan,” katanya.

Mengenai sistem permarkaha­n baharu 11 mata dalam lima set yang sedang dibincangk­an untuk dilaksanak­an selepas Sukan Olimpik Tokyo, Zii Jia berpendapa­t ia akan memberi manfaat kepada pemain menyerang seperti dirinya.

“Saya rasa agak cergas untuk sistem permarkaha­n 11 mata kerana saya sering menggunaka­n strategi serangan dalam perlawanan. Perubahan dalam sistem permarkaha­n bermakna saya perlu mengamalka­n sistem latihan berbeza dan perlu menyesuaik­an diri dengan secepat mungkin,” katanya.

Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dilaporkan akan mengadakan undi berhubung sistem baharu itu iaitu 21 mata dalam tiga set (21x3) kepada 11 mata dalam lima set pada mesyuarat agung tahunan badan induk dunia itu bulan depan.

Sementara itu, Reezal Merican berkata seramai 264 atlet dan pegawai yang sudah dan sedang berusaha untul layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menertima dos pertama suntikan vaksin COVID-19, minggu depan.

Katanya, ia akan diikuti oleh pemain Liga Malaysia (Liga-M) dan atlet yang membuat persiapan ke Sukan SEA Hanoi 2021, November ini. — Bernama

 ??  ?? NOMBOR SATU: Reezal Merican (kanan) bersama Zii Jia semasa mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton perseorang­an lelaki negara itu kelmarin. — Gambar Bernama
NOMBOR SATU: Reezal Merican (kanan) bersama Zii Jia semasa mengadakan pertemuan dengan jaguh badminton perseorang­an lelaki negara itu kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia