Utusan Borneo (Sabah)

16 struktur setinggan PTI di Jalan Tuaran diroboh

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merobohkan 16 struktur haram yang didiami oleh warga asing di kawasan setinggan berhadapan bangunan Jabatan Cetak, Batu 2, Jalan Tuaran di sini.

Pengarah Penguatkua­sa DBKK Abdul Mukti Muchlish berkata, dalam operasi terbabit sembilan rumah yang didiami warga tempatan turut diberi tempoh untuk berpindah dari kawasan berkenaan.

“Bertindak dengan maklumat serta aduan awam, kita melaksanak­an satu operasi yang mana sudah dimulakan sejak

Januari tahun ini yang didahului dengan tindakan pemeriksaa­n bersepadu serta pengeluara­n notis pengosonga­n. Arahan ini termasukla­h notis bagi meroboh serta mengalihka­n struktur haram yang dikenal pasti didirikan tanpa kebenaran.

“Untuk operasi kali ini kita memeriksa sebanyak 25 buah rumah bagaimanap­un hanya 16 buah rumah yang dirobohkan manakala sembilan yang lain pula diberikan tempoh untuk berpindah,” katanya.

Menurutnya, operasi ini juga adalah hasil dari maklumat dan aduan orang awam berkaitan penambahan rumah setinggan, pencemaran, kecurian bekalan air dan elektrik dari kawasan berkenaan.

“Sepanjang operasi dilaksanak­an kita dibantu beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) melibatkan keseluruha­n 24 pegawai dan anggota,” katanya.

 ??  ?? ROBOH: Kakitangan DBKK merobohkan salah sebuah struktur haram di kawasan setinggan berhadapan bangunan Jabatan Cetak, Batu 2, Jalan Tuaran di sini.
CURI: Bekalan elektrik yang dipercayai dicuri oleh penduduk di setinggan haram.
ROBOH: Kakitangan DBKK merobohkan salah sebuah struktur haram di kawasan setinggan berhadapan bangunan Jabatan Cetak, Batu 2, Jalan Tuaran di sini. CURI: Bekalan elektrik yang dipercayai dicuri oleh penduduk di setinggan haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia