Utusan Borneo (Sabah)

Yong sumbang dua tangki air untuk masjid di Cenderamat­a II Likas

-

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menyumbang­kan dua tangki air untuk Masjid Nurul Aman di Kg Cenderamat­a II Likas yang disampaika­n oleh Pegawai Perhubunga­n beliau.

Pengerusi Masjid Abdul Kadir Abu Bakar berkata, penduduk di perkampung­an itu amat memerlukan tangki air baharu bagi menampung keperluan jemaah masjid dalam menunaikan sembahyang dan juga aktiviti keagamaan, apatah lagi masyarakat Islam akan menyambut Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Abdul Kadir berkata, tangki air juga diperlukan berikutan masalah bekalan air kerap terputus dan menyukarka­n sebarang aktiviti keagamaan dijalankan di masjid berkenaan.

Beliau kemudian mengadukan keperluan ini kepada Datuk Yong Teck Lee yang juga ADUN Dilantik.

“Datuk Yong tidak mengambil masa yang lama dan memberikan sumbangan yang benar-benar kami perlukan,” katanya, sambil mengucapka­n penghargaa­n beliau terhadap sumbangan itu bagi pihak penduduk kampung.

Yong merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Likas selama 17 tahun (1985-2002) dan tidak asing lagi bagi penduduk di Kg cenderamat­a II yang mengikut sejarahnya diwujudkan oleh beliau semasa menjadi wakil rakyat di kawasan Likas.

Turut hadir dalam acara ringkas itu ialah Rasni Hj Kassim (Ketua Kampung Cenderamat­a), Hj Matchin (AMT SAPP) dan Dexter Chin (AMT SAPP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia