Utusan Borneo (Sabah)

22 PTI masuk melalui laluan tikus diberkas

- Oleh Hamzah Sanudin

Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PTI) yang baru tiba ke negara ini melalui laluan tikus berjaya diberkas di kawasan persisir pantai di Jalan Tawau Lama, di sini, petang kelamarin.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, dalam kejadian jam 5.15 petang itu, sepasukan anggota keselamata­n yang bertugas dalam OpCegah PTI (OCP) dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan awam berhubung kemasukan PTI berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota keselamata­n mendapati terdapat 22 PTI sedang bersembuny­i di kawasan semak berdekatan pesisir pantai Tawau Lama menunggu dihantar ke destinasi seterusnya.

“Hasil siasatan, kesemua mereka yang ditahan itu baru tiba dari negara jiran menggunaka­n bot laju,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki, lapan perempuan dan tiga kanak-kanak berumur 6 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut

Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua agensi keselamata­n yang terlibat dalam membantu menjayakan OCP Daratan

ESSCom di daerah ini.

“Kejayaan OCP Daratan merupakan hasil usaha semua pihak yang terlibat terutamany­a dalam menggagalk­an kemasukan PTI yang menggunaka­n laluan tikus ke negara ini.

“Kawalan keselamata­n di sempadan perairan dan daratan terus lakukan secara agresif bagi mengekang kemasukan PTI dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 masuk ke negara,” katanya.

 ??  ?? DITAHAN: Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan selanjutny­a.
DITAHAN: Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan selanjutny­a.
 ??  ?? DIBERKAS: Antara PTI yang bersembuny­i di dalam semak berjaya ditahan.
DIBERKAS: Antara PTI yang bersembuny­i di dalam semak berjaya ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia