Utusan Borneo (Sabah)

Annuar tinjau kemudahan penduduk Limbawan di Sungai Pampang

- Oleh Henry Bating

Penduduk Kampung Limbawan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan kini menarik nafas lega apabila kerjakerja penyelengg­araan jambatan gantung siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Liawan Fred Frederick Philip Toyong berkata, sebelum ini jambatan merentas Sungai Pampang itu mengalami kerosakan dan diselengga­rakan.

“Dengan siapnya kerjakerja penyelengg­araan maka dapat memudahkan penduduk termasuk pelajar bergerak ke beberapa kampung bersebelah­an yang hanya dipisahkan Sungai Pampang,” katanya.

Ketika jambatan gantung itu uzur, katanya, penduduk terpaksa menggunaka­n laluan alternatif menyusuri jambatan yang agak jauh.

Fred berkata demikian ketika mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman meninjau kemudahan berkenaan.

Annuar mengadakan tinjauan di kampung itu untuk memantau perkembang­an projek-projek kesejahter­aan penduduk di samping mahu memastikan pelaksanaa­n kerja mengikut jadual dengan kualiti dan kos yang ditetapkan.

Di atas lawatan itu, penduduk kampung melahirkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Annuar kerana peka terhadap keperluan mereka di samping tidak putusputus menyalur bantuan demi kesejahter­aan penduduk.

Turut hadir Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Addy RM Jasni, Penyelaras DUN Liawan Erick Takun, Kapitan Anthony Chong, WKAN Dominic Malih dan Pengerusi JPKK Norita Dungkian.

 ??  ?? HAMPIR SIAP: Annuar (kiri) ketika meninjau jambatan gantung Sungai Pampang.
HAMPIR SIAP: Annuar (kiri) ketika meninjau jambatan gantung Sungai Pampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia