Utusan Borneo (Sabah)

Satu blok bangunan kedai musnah terbakar

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Satu blok bangunan melibatkan 12 unit kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Paris 3, dekat sini, awal pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatang­an Penolong Penguasa Bomba Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan kebakaran blok kedai di kampung berkenaan jam 12.54 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera bomba diiringi sebuah utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatang­an bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 56 kilometer dari balai bomba.

“Sepasukan anggota telah ke lokasi itu terdiri 15 orang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hairul Jamal,” katanya.

Azlan berkata, setiba di lokasi kebakaran mendapati sebuah blok bangunan melibatkan 12 kedai aneka jenis separuh kekal telah musnah terbakar.

“Turut terbakar bersama adalah sebuah kenderaan jenis kompak,” katanya.

Beliau memberitah­u operasi pemadaman oleh pihaknya menggunaka­n sumber air tertutup dan tiada liputan GIRN atau telefon persendiri­an dalam kawasan itu.

Azlan berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 ??  ?? TERBAKAR: Satu blok bangunan kedai musnah terbakar di Kampung Paris 3.
TERBAKAR: Satu blok bangunan kedai musnah terbakar di Kampung Paris 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia